MagicBook 14 dilengkapi dengan paparan IPS LCD bersaiz 14 inci dan mempunyai berat 1.38kg serta binaan kerangka aluminium. Ia dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen 5 3500U dengan integrasi grafik Radeon Vega 8. Pada bahagian memori pula, ia dilengkapi dengan RAM 8GB DDR4 serta 256GB PCIe SSD.
Hadir dengan kapasiti bateri 56Wh, ia dimuatkan dengan pengecasan 65W Type-C. Komputer riba ini turut mempunyai kamera web terbina dalam papan kekunci yang diletakkan di antara butang F6 dan F7.

HONOR MagicBook 14 hadir dengan warna Mystic Silver dan ditawarkan pada harga RM2,499. Pembelian boleh dilakukan secara pra-tempah melalui Hihonor atau Shopee bermula 7 hingga 13 Julai. Setiap pembelian terawal akan menerima barangan percuma termasuk HONOR PVC Laptop Pouch, Watch Magic, bag galas dan tetikus bluetooth.
Selain itu, pra-tempah juga boleh dilakukan melalui HONOR Experience Store dan pengedar yang sah. Melaluinya, pembelian terawal akan menerima tetikus bluetooth, bag galas dan Watch Magic atau HONOR Band 5i.
Berkaitan
- iOS 14.4 Akan Hadir Dengan Ciri Amaran Kamera Tidak Asli Pada iPhone
- Kemaskini iOS 14.4 Dilepaskan Dengan Baik Pulih Kerentanan Yang Mungkin Dieksploitasi Secara Aktif
- Sebilangan Pengguna Mengadu iPhone 14 Pro 'Restart' Ketika Dicas
- Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C
- iOS 14.5 Bakal Hadir Dengan Ciri Nyahkunci iPhone Melalui Apple Watch, Jika Memakai Pelitup Muka
- Apple Sahkan Sudah Mula Pengeluaran iPhone 14 Di India
- Jualan Awal iPhone 14 Plus Dilapor Lebih Rendah Daripada Jangkaan
- Masalah Kamera iPhone 14 Pro Bergegar, Apple Akan Lepaskan Kemas Kini Minggu Depan
- Kuo: iPhone 14 Plus Dianggap Strategi Produk Yang Gagal
- Kemaskini iOS 14.2.1 Dilepaskan, Hadir Dengan Baik Pulih Lock Screen Pada iPhone 12 mini