Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (23)

HONOR Magic6 Pro dan HONOR Pad 9 Sedia Untuk Dibeli

Diterbitkan Mac 27, 2024 ยท Dikemas kini Mac 27, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas syarikat HONOR Malaysia mengadakan acara perasmian dan pendedahan harga untuk peranti telefon pintar HONOR Magic6 Pro dan produk tablet, HONOR Pad 9 pada minggu yang lepas, kedua-dua produk itu kini telah sedia untuk dibeli oleh rakyat tempatan.

HONOR Magic6 Pro

HONOR Magic6 Pro dan HONOR Pad 9 Sedia Untuk Dibeli

Telefon yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 ini juga mendapat sokongan daripada 12GB RAM dan 512GB storan serta dilengkapi dengan skrin melengkung LTPO OLED 6.8 inci yang berkadar segar semula 120Hz.

Kameranya pula terdiri daripada 50MP OIS utama, 50MP ultra lebar, 180MP telefoto dan 50MP swafoto.

Baterinya pula berkapasiti 5,600mAh dan lengkap dengan pengecasan 80W berwayar dan 66W wayarles.

Harga yang ditetapkan adalah RM4,499 dengan ganjaran hadiah percuma bernilai RM1,197.

HONOR Magic6 Pro First Sale KV_Malay

{suggest}

HONOR Pad 9

Screenshot 2024-03-27 141329

Tablet ini pula dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan sokongan 16GB (8GB + 8GB) RAM dan 256GB storan.

Paparannya pula adalah jenis TFT LCD (IPS) bersaiz 12.1 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Tablet ini juga hadir dengan lapan pembesar suara serta bateri berkapasiti 8,300mAh dan pengecasan 35W.

HONOR Pad 9 KV

Harga untuk HONOR Pad 9 versi Wi-Fi adalah RM1,499 yang disekalikan dengan papan kekunci Smart Bluetooth dan HONOR CHOICE Pencil bernilai RM698.

Untuk versi 5G pula, ia akan tersedia pada 19 April 2024.

HONOR Pad 9 KV Gifts

Bagi anda yang berminat, HONOR Magic6 Pro dan HONOR Pad 9 ini boleh dibeli secara terus di mana-mana cawangan dan secara talian melalui:-

Shopee – https://invl.io/clkuus0

Lazada – https://invol.co/clkuurx

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY