Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iFixit diagnostic-tools_3x1-1536×512

Alat Diagnostik Disediakan Apple Untuk Baik Pulih Kendiri Dipuji

Diterbitkan Mac 27, 2024 ยท Dikemas kini Mac 27, 2024 oleh ariff bukhari

Pada tahun lepas, Apple telah pun melancarkan alat diagnostik khas untuk perkakasan produknya untuk sesiapa yang berminat dalam pembaikan kendiri (DIY) sebagai sebahagian daripada program Pembaikan Layan Dirinya.

Alat diagnostik itu yang merupakan perisian sebelum ini terhad diakses kepada Kedai Runcit Apple dan Pembekal Perkhidmatan Dibenarkan (AASP) sahaja.

Perisian diagnostik Apple membantu juruteknik mencari kerosakan perkakasan dalam peranti Apple, iPhone komputer riba dan meja Macintosh dan Apple display dengan menjalankan satu siri ujian pengesahan.

Contohnya, ia boleh mengenal pasti masalah dengan paparan, kabel dan kamera tanpa memerlukan seseorang untuk menguji setiap bahagian itu secara manual.

Menurut laman sesawang popular baik pulih kendiri, iFixit, alat Apple agak berguna, walaupun terdapat beberapa batasan.

“Jika ia mengesan masalah, ia mungkin memberi anda sesuatu yang berguna, seperti bilangan artikel Sokongan Apple yang perlu anda ikuti untuk menyelesaikan masalah itu,” jelas iFixit.

iPhone 12 Pro Max iFixit

Alat ini boleh membantu seseorang yang membeli iPhone terpakai untuk memeriksa sama ada semuanya betul dengan peranti itu atau ia sebenarnya mempunyai semua bahagian tulen.

Pada masa yang sama, pihak ketiga yang bekerja pada pembaikan boleh menyemak dengan lebih cepat masalah iPhone.

“Fakta bahawa Apple membinanya adalah petanda yang baik, dan ia akan menjadi sangat berguna,” iFixit.

Walau bagaimanapun, beberapa maklumat yang dipaparkan oleh alat diagnostik agak kabur. Dalam sesetengah kes, ia hanya mengatakan bahawa bahagian bukan tulen telah dikesan dan bukannya menunjukkan sama ada ia mempunyai masalah atau tidak.

Jadi, iFixit mendakwa bahawa Apple melakukan “apa yang diperlukan” oleh polisi yang ditetapkan seperti Hak Pembaikan California, walaupun Apple boleh menawarkan lebih banyak lagi untuk membantu pelanggannya.

Buat masa ini, program Pembaikan Layan Diri Apple ini hanya ditawarkan di beberapa buah negara terpilih sahaja seperti AS, UK, Itali dan Perancis.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: iFixit, Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY