Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (8)

HONOR Magic6 Pro Berharga RM4,499 Di Malaysia

Diterbitkan Mac 20, 2024 · Dikemas kini Mac 20, 2024 oleh Muhd Idham

Setelah lebih satu bulan siri terbaru telefon pintar HONOR, iaitu siri Magic6 dilancarkan, kini salah satu modelnya telah tiba secara rasmi untuk pasaran Malaysia, iaitu HONOR Magic6 Pro.

Spesifikasi yang ditawarkan untuk peranti ini bermula dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3 dengan sokongan daripada GPU Adreno 750.

HONOR Magic6 Pro Berharga RM4,499 Di Malaysia
HONOR Magic6 Pro Berharga RM4,499 Di Malaysia

Selain itu, Magic6 Pro ini juga menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0 yang berasaskan Android 14.

Untuk bahagian paparan, telefon ini menggunakan skrin jenis melengkung LTPO OLED bersaiz 6.8 inci dengan resolusi FHD+ (2800 x 1280) dan kadar segar semula 1-120Hz.

Kemampuan fotografinya pula terdiri daripada 50MP OIS kamera utama (apertur f/1.4 – f/2.0), 50MP ultra lebar (apertur f/2.0) dan 180MP telefoto periskop yang mampu zum pada kadar 2.5 kali zum optikal dan 100 kali zum digital.

Kamera belakangnya juga mampu merakam video pada tetapan 4K 60fps (3840 × 2160).

Bagi kamera hadapan, lensa swafotonya adalah 50MP serta menyokong rakaman video berkualiti 4K dan ciri pengecaman wajah 3D untuk membuka telefon.

Baterinya pula berkapasiti 5,600mAh dan dicas pada kadar 80W berwayar dan 66W secara wayarles.

Lain-lain ciri yang ada pada HONOR Magic6 Pro ini adalah Wi-Fi 7, NFC, penarafan IP68, sambungan USB-C dan Bluetooth 5.3.

Untuk pencerahan yang lebih lagi tentang peranti ini, anda boleh baca di SINI.

{suggest}

Harga untuk HONOR Magic6 Pro ini adalah:

  • 12GB + 512GB = RM4,499

Ia juga hadir dengan hadiah bernilai RM1,960 yang antaranya terdiri daripada HONOR Watch 4 dan HONOR Earbuds X6.

HONOR Magic6 Pro Berharga RM4,499 Di Malaysia

Tambahan lagi, HONOR Magic6 juga tampil dengan reka bentuk Porsche RSR yang lengkap dengan varian 24GB + 1TB storan pada harga RM7,499.

Pada masa sama, HONOR Magic V2 RSR yang didatangkan dengan warna Agate Grey pun dijual di Malaysia dengan harga RM10,999.

Screenshot 2024-03-20 162925

Beli HONOR Magic6 Pro di:

Shopee – https://invl.io/clkvq48

Lazada – https://invol.co/clkvnoq

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY