Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR Magic V6 Kini Boleh Ditempah Di Malaysia – Deposit RM300, Tawar Hadiah Percuma Lebih RM4,000

Posted on Mei 26, 2026

Selepas tular dengan gimik ketahanan ekstrem menunda pesawat dan kereta sport baru-baru ini, HONOR Malaysia kini mengumumkan pembukaan tempahan awal untuk telefon pintar skrin lipat terbaharunya, HONOR Magic V6.

Peminat tempatan boleh mula mengunci slot tempahan peranti ini bermula 26 Mei hingga 3 Jun 2026, menjelang pelancaran rasminya pada 4 Jun depan dengan bayaran deposit sebanyak RM300 sahaja.

Bagi menghargai pelanggan terawal, HONOR menawarkan ganjaran eksklusif berupa hadiah misteri premium bernilai sehingga RM3,797 serta sebatang stilus HONOR Magic Pen yang bernilai RM499 secara percuma.

Tempahan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi platform stor rasmi HONOR Malaysia sepanjang tempoh promosi tersebut berlangsung.

HONOR Magic V6 meletakkan tanda aras baharu dalam segmen peranti boleh lipat melalui penggunaan Engsel Keluli Super yang mempunyai kekuatan tegangan mencecah 2,800 MPa.

Sisi ketahanannya diperkukuh lagi dengan perlindungan HONOR Magic Diamond Screen pada kedua-dua paparan. Skrin luaran peranti ini menggunakan lapisan HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield berasaskan salutan silikon nitrida 5,600 lapisan, manakala skrin dalamannya dilindungi oleh teknologi Ultra-Tough Glass (UTG) yang fleksibel untuk meminimumkan kesan lipatan.

Magic V6 juga merupakan peranti skrin lipat pertama di pasaran yang menerima pengiktirafan penarafan rintangan habuk dan air berganda, iaitu IP68 dan IP69.

Keupayaan ini membolehkannya bertahan di dalam air tawar sehingga kedalaman 1.5 meter, sekali gus menjadikannya antara peranti boleh lipat paling lasak dalam industri.

Sesi pelancaran rasmi telefon lipat setebal 8.75mm ini boleh disaksikan oleh orang ramai melalui siaran langsung di Facebook HONOR Malaysia pada 4 Jun 2026, jam 7:00 malam.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress