Honor Magic Earbuds, Sedap Dipegang Namun Tidak Berbaloi Dengan Harga

Sebelum ini, HONOR telah menawarkan fon telinga seperti FlyPods dan FlyPods Lite. Kali ini, HONOR hadir dengan fon telinga baru, Magic Earbuds yang telah mula dijual secara rasmi dalam pasaran tempatan bermula 28 Mei lalu. Jadi, saya telah menggunakan HONOR Magic Earbuds dalam sekitar 2 hari dan ini merupakan pandangan awal saya mengenai fon telinga HONOR Magic Earbuds.

Rekaan




Dari segi rekaan, pod pengecasan HONOR Magic Earbuds mempunyai rekaan yang sama seperti HONOR FlyPods Lite di mana ia agak kemas apabila dipegang. Dengan rekaan kecil yang memanjang, lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam poket berbanding rekaan pod pengecasan bagi kebanyakan fon telinga TWS yang lain.

HONOR juga memberikan empat tip silikon telinga dengan saiz yang berbeza. Dengan itu, tiada masalah untuk disesuaikan dengan saiz telinga mengikut keselesaan.

Magnet yang terdapat pada pod pengecasan ini cukup kuat untuk memastikan fon telinga tidak jatuh dan berada pada kedudukan yang sepatutnya.



Bagaimanapun, kedudukan butang kecil di bahagian belakang dilihat kurang bersesuaian. Pod pengecasan kerap tertutup apabila jari menyentuh butang tersebut.

Bateri


HONOR Magic Earbuds didatangkan dengan kabel pengecasan USB-C. Menurut HONOR, fon telinga ini mampu bertahan 3 jam untuk muzik dan 2 bagi panggilan dengan fungsi pembatalan hingar aktif. Tanpa fungsi ini, ia mampu bertahan 30 minit lebih lama.

Prestasi




Untuk padanan kali pertama HONOR Magic Buds dengan mana-mana peranti, hanya perlu membuka pod pengecasan dan tekan butang kecil yang terdapat di bahagian belakang.

Sambungan pada telefon pintar berjalan lancar ketika menggunakannya. Namun, ia dilihat sebagai satu kekurangan tanpa kawalan fungsi Next/Previous atau Skip untuk mod muzik pada fon telinga.

Jika disambungkan ke komputer riba pula, fon telinga ini tidak memberikan prestasi yang begitu baik dan tersekat-sekat apabila memainkan muzik mahupun menonton Youtube.

Kualiti Bunyi




Kali pertama menggunakan HONOR Magic Earbuds, saya dapati kualiti bunyi tidak begitu memuaskan dengan harga yang ditawarkan.

Melalui fungsi Pembatalan Hingar Hibrid Aktif, ia berada pada tahap baik. Untuk mengaktifkan atau nyahaktif fungsi ini, hanya perlu tekan lama pada fon telinga di kiri atau kanan. Bagi mod panggilan, fungsi ini akan diaktifkan secara automatik.

HONOR Magic Earbuds dijual pada harga promosi RM399 (harga sebenar RM499). Tawaran tersebut hanya sah sehingga 11 Jun 2020.

Beli HONOR Magic Earbuds dari Shopee (https://invol.co/clopc5), atau Lazada (https://invol.co/clopfu).

Berkaitan