Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Play Turun Harga, 10 Unit Edisi Terhad Audi Berpeluang Untuk Dimenangi

Honor Beri Peluang Peminat Beli Honor Play Pada Harga Tidak Masuk Akal Sempena 12.12

Diterbitkan Disember 7, 2018 · Dikemas kini Disember 7, 2018 oleh Haikel Areff

Sempena festival jualan Double 12(12.12) saban tahun, para pengeluar pasti akan mengambil peluang ini untuk menawarkan produk mereka kepada peminat dengan harga atau tawaran istimewa.

Honor juga tidak terlepas daripadanya. Bagi festival 12.12 kali ini, Honor telah menawarkan lima(atau empat) peranti keluaran mereka kepada peminat atau pengguna telefon pintar.

Tawaran yang diberikan oleh pihak Honor adalah seperti berikut:

Screenshot 2018-12-07 at 10.12.16 AM

*RALAT: Honor 8X juga akan menerima sebuah fon telinga AM61 secara percuma

Selain itu, Honor juga memberi peluang kepada salah seorang daripada peminat mereka untuk mendapatkan peranti Honor Play Player Edition pada harga tidak masuk akal.

Mereka akan mengadakan pertandingan “12.12 Drop” di laman rasmi Facebook mereka, di mana mereka akan mengirimkan satu kiriman di sana. Selepas itu, peminat atau pengikut hanya perlu “share” atau “like” untuk menurunkan harga peranti berkenaan.

Setiap “share” akan menurunkan harga peranti sebanyak RM 0.30, manakala setiap “like” pula akan bernilai RM 0.10. Selesai pertandingan itu, seorang pemenang akan dipilih secara rawak untuk mendapatkan Honor Play Player Edition pada harga yang istimewa.

Bagaimanapun, pihak Honor masih belum membuat kiriman tersebut ketika artikel ini ditulis.

HONOR 12.12

Jadi, pastikan anda terus mengikuti laman Facebook rasmi Honor Malaysia supaya tidak terlepas peluang untuk mendapatkan tawaran menarik dari Honor ini dan tawaran-tawaran lain sempena festival 12.12 nanti.

 

Sumber: Honor Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY