Di samping mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada rakyat negara ini, Honor mengambil kesempatan untuk turut mengumumkan sebuah peranti baru yang bakal tiba ke K.Lumpur tidak lama lagi. Akan tetapi, model peranti itu tidak didedahkan.
Menurut komen pengikut Facebook Honor Malaysia di kiriman berkenaan, ramai yang mengharapkan peranti yang dimaksudkan ialah Honor Note 10. Namun, melihat kepada imej peranti dalam video itu, ia mempunyai rekaan takuk dan Note 10 tidak memilikinya.
Oleh sebab itu, kami menjangkakan peranti tersebut ialah Honor 8X. Peranti kelas pertengahan terbaru Honor itu telah diperkenalkan di China awal bulan lalu. Ia hadir dengan cip Kirin 710, memori 6GB, simpanan dalam 64GB/128GB serta dwi-kamera utama 20MP + 2MP.
Model ini juga mempunyai rekaan takuk kecil yang akan menyembunyikan lensa kamera swafoto 16MP-nya, sama seperti imej dalam video. Ia akan hadir dengan dua slot nano SIM serta satu slot bagi kad mikroSD selain mempunyai empat pilihan warna(hitam, biru, merah, merah jambu).
Honor Note 8 ini dipasarkan di pasaran China pada harga RM 1,399(~RM 845) untuk variasi 64GB dan RMB 1,899(~RM 1,147) bagi model 128GB. Kita mungkin akan mengetahui peranti sebenar yang dimaksudkan oleh Honor ini dalam masa terdekat.
Kredit gambar : Android Authority
Sumber
Berkaitan
- Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Terima Android Pie Lebih Lewat Dari Yang Dijangka
- Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan Secara Rasmi Bagi Pasaran Malaysia
- Lenovo Z6 Pro Bakal Hadir Dengan "Kamera 100MP", Sistem Penyejukan Cecair Setaraf PC
- Mari Ketahui Bilakah Peranti Xiaomi Milik Anda Akan Menerima Kemaskini MIUI 10
- Honor Play - Sebuah Lagi Telefon Pintar Gaming Dilancarkan Di China
- Redmi Note 6 Pro Akan Mula Dipasarkan Di Malaysia Pada 20 Oktober Ini
- Samsung Dedahkan Rekaan Galaxy S10 Secara Tidak Sengaja Menjelang Acara "Unpacked"
- Peminat Mula Meluahkan Kekecewaan Menjelang Pelancaran Redmi Note 7
- Honor 8X vs Realme 2 Pro vs Xiaomi Mi 8 Lite
- Xiaomi Redmi Note 4 Dengan Helio X20 SoC Di Lancarkan Secara Rasminya.