Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
First AI Image Google 400 Series

Gambar Kini Boleh Bergerak? HONOR Umum Ciri AI Baharu

Diterbitkan Mei 8, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR hari ini mengumumkan siri HONOR 400 sebagai telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi teknologi AI Image To Video, hasil kerjasama dengan Google Cloud.

Berbeza dengan penyuntingan gambar berasaskan AI yang biasa, teknologi ini membolehkan pengguna menukar imej statik kepada video pendek berdurasi lima saat, lengkap dengan pergerakan subjek. Video boleh dijana dalam nisbah 16:9 atau 9:16.

Fungsi ini direka untuk memberikan dimensi baharu kepada gambar, termasuk imej lama, lukisan atau potret. Contohnya, membolehkan wajah berpaling atau objek dalam gambar “bergerak”.

Teknologi ini turut digunakan dalam kempen Hari Ibu HONOR yang akan dilancarkan di media sosial tidak lama lagi.

Selain itu, siri ini turut menawarkan alat AI penyuntingan lain seperti AI Eraser, AI Outpainting, AI Cutout, AI Upscale, dan Moving Photo Collage.

Dari segi reka bentuk, HONOR 400 Pro hadir dengan tiga kamera dan akan ditawarkan dalam warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black.

Model standard menampilkan dwi-kamera dan ditawarkan dalam Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black.

Maklumat lanjut mengenai pelancaran rasmi dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • HONOR Power Dilancarkan Dengan Bateri 8,000mAh, Snapdragon 7 Gen 3
  • HONOR 400 Lite Rasmi Di Malaysia, Ada Butang AI Khas Untuk Penggemar Fotografi
  • Malaysia Jadi Negara Pertama Terima Siri HONOR 400 Dengan Kamera AI Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY