Honor 9 Lite Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia

Cakap-cakap mengenai kehadiran Honor 9 Lite untuk pasaran tempatan sudah bermula sejak dari Januari lagi. Setelah hampir tiga bulan ia diperkenalkan di China, model ini akhirnya rasmi untuk peminat di Malaysia.

Menarik tentang keluaran Honor ini adalah ia dilengkapi dengan dwi kamera hasil gabungan lensa 13MP dan 2MP didepan dan dibelakang.



Tampil dengan saiz paparan 5.65 inci HD+ penuh, ia dijana dengan cip pemprosesan Kirin 659 bersama-sama memori RAM 3GB dan ruang simpanan 32GB yang turut menyokong kad MikroSD sehingga 256GB.

Bakal menjalankan sistem operasi EMUI 8.0 yang berasaskan Android Oreo 8.0, Honor 9 Lite dibekalkan dengan kapasiti bateri 3000mAh dan ditawarkan dalam dua pilihan warna, Sapphire Blue atau Glacier Gray.

Harga jualan rasmi yang ditetapkan adalah RM 749, namun pada 9 Mac 2018, 9 Pagi, Shopee akan menawarkan Honor 9 Lite pada harga promosi iaitu RM699.