Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor 30s

HONOR 30S Dilancarkan Sebagai Peranti Pertama Dengan Cip Kirin 820 5G

Diterbitkan Mac 31, 2020 oleh Meor Hasyim

Jika Huawei telah memperkenalkan barisan model dalam siri P40, jenama HONOR pula mengumumkan model HONOR 30S. Walau dalam keluarganya 30S bukan merupakan varian paling berkuasa, ia masih lagi dilengkapi dengan spesifikasi berkuasa seperti penggunaan cip Kirin 820 5G yang turut menyokong 5G.

honor 30s

Seperti yang diketahui, jenama HONOR memfokuskan kepada harga mampu milik jadi terdapat banyak spesifikasi ‘marhaen’ yang mengurangkan kos penghasilannya. Yang pertamanya, skrin peranti adalah diperbuat dari LCD berukuran 6.5 inci Full HD+ dan juga disertakan rekaan punch-hole memuatkan kamera swafoto 16MP. Selain itu, pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi, bukannya di bahagian belakang peranti.

Trend meletakkan pengimbas cap jari di bahagian sisi ini semakin meluas digunakan. Sebagai contoh siri realme 6 dan siri Redmi Note 9 juga melakukan perkara sama. Mungkin pengeluar mahu membezakan peranti moden yang terkini dengan peranti ‘usang’ yang mempunyai pengimbas cap jari di bahagian belakangnya.

Beralih kepada bahagian belakang, terdapat 5 lensa diketuai oleh 64MP utama + 8MP telefoto dengan 3x zoom optikal + 8MP sudut lebar + 2MP depth.

HONOR 30S Dilancarkan Sebagai Peranti Pertama Dengan Cip Kirin 820 5G

Dengan penggunaan cip Kirin 820 5G, secara tidak langsung ia menandakan pengakhiran era Kirin 810 dalam kategori kelas pertengahan Huawei & HONOR. Memori pula terdapat dalam 2 pilihan iaitu 8GB/128GB dan 8GB/256GB.

Dari segi perisian, peranti menjalankan Magic UI 3.1.1 berasaskan Android 10. Peranti tidak mempunyai GMS (sudah semestinya) jadi ia disertakan dengan HMS untuk sokongan pemasangan aplikasi.

HONOR 30S Dilancarkan Sebagai Peranti Pertama Dengan Cip Kirin 820 5G

Bateri HONOR 30S berkapasiti 4,000mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 40W. Terdapat 4 pilihan warna iaitu hitam, biru, hijau, dan juga gradient. Di China, ia dipasarkan bermula harga CNY 2,399 (~RM1,454). Seperti biasa untuk pasaran Malaysia, kita perlu menunggu lebih lanjut sama ada ia akan hadir atau tidak ke sini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY