Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor 10 GT Kini Sudah Rasmi

Honor 10 GT Kini Sudah Rasmi

Diterbitkan Julai 4, 2018 ยท Dikemas kini Julai 4, 2018 oleh Helmi Samsuri

Honor 10 merupakan model flagship yang dilancarkan secara rasmi pada penghujung April lalu dan pada bulan yang berikutnya ia mula menjengah ke pasaran tempatan.

Seakan-akan tidak puas, Honor kini menampilkan lagi sebuah versi dalam siri yang sama dikenali sebagai Honor 10 GT.

Honor 10 GT Kini Sudah Rasmi

Didatangkan dengan skrin paparan 5.84 inci bernisbah 19:9, dikuasakan dengan cip pemprosesan 970.

Bagi tetapan kamera pula, ia dilengkapi dengan dwi kamera utama, gabungan antara sensor lensa RGB dan monokrom. Bahagian hadapan pula, disertakan dengan lensa 24MP.

Honor 10 GT Kini Sudah Rasmi

Keluaran baru ini merupakan naik taraf berbanding model yang lepas dimana ia menggunapakai RAM 8GB bersama-sama dengan memori 128GB. Disamping itu, ia diperkasakan dengan teknologi GPU Turbo.

Menurut Honor, teknologi GPU Turbo ini mampu memberikan penambahan prestasi kepada 60% dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 30%.

Bakal dipasarkan di China pada 24 Julai hadapan tetapi masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak.

Baca juga – Ulasan Honor 10 – Adakah Ini Flagship Killer Untuk Tahun Ini?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY