Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor 10 Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia Pada Harga Serendah RM 1,699

Honor 10 Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia Pada Harga Serendah RM 1,699

Diterbitkan Mei 22, 2018 oleh Haikel Areff

Sebuah lagi peranti kelas perdana telah dilancarkan buat pasaran Malaysia sebentar tadi. Honor 10, sebuah peranti kelas perdana dari syarikat Honor telah diperkenalkan kepada umum dalam satu majlis pelancaran di Petaling Jaya, Selangor.

Honor 10 Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia Pada Harga Serendah RM 1,699

Peranti yang boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri seakan Huawei P20 ini akan menggunakan cip pemprosesan terbaru keluaran Huawei iaitu Huawei Kirin 970. Ia juga akan disokong oleh 4GB memori serta ruang simpanan dalaman sebesar 128GB. Namun, pihak Honor menyatakan peranti ini tidak akan menyokong fungsi kad mikroSD.

Honor 10 ini dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 5.84 inci yang beresolusi FHD+ dengan menggunakan skrin jenis IPS LCD. Peranti ini juga tidak terlepas daripada menggunakan rekaan takuk pada paparan hadapannya.

Spesifikasi Penuh Honor 10 Kini Didedahkan Secara Rasmi Selepas Pelancaran

Bagi spesifikasi kameranya pula, kamera dwi-lensa 24 MP dan 16 MP pada kamera utama manakala lensa 24 MP turut digunakan sebagai kamera hadapan peranti. Selain itu, pihak Honor juga telah menyediakan sokongan kecerdasan buatan pada kamera peranti ini bagi membolehkan imej yang lebih jelas dan cantik dapat diperolehi.

Peranti ini mempunyai bateri berkapasiti 3,400 mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas dengan mampu untuk mengecas sehingga 50% kuasa melalui hanya 30 minit pengecasan. Dari segi sistem operasi pula, Honor 10 hadir dengan sistem operasi EMUI 8.1 yang berlandaskan sistem Android 8.1 Orea.

 

Honor 10 Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia Pada Harga Serendah RM 1,699

Kredit : FB Honor Malaysia

Empat pilihan warna disediakan untuk pasaran Malaysia iaitu Phantom Blue, Phantom Green, Midnight Black dan Glacier Grey. Ia akan mula dijual di pasaran tempatan pada 24 Mei ini dengan harga serendah RM 1,699. Berita baik, bagi anda yang ingin mendapatkan peranti ini pada 24 Mei hingga 31 Mei ini, anda akan diberikan rebat bernilai RM 100 bagi membolehkan anda membeli Honor 10 ini pada harga RM 1,599 sahaja.

Ikuti laman Vmall Honor atau laman Facebook rasmi mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan peranti ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY