Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honda Scenic Audio

Honda Cipta Aplikasi Bantu Penumpang Buta ‘Melihat’ Ke Luar Dari Tingkap Kereta

Diterbitkan April 24, 2024 ยท Dikemas kini April 25, 2024 oleh ariff bukhari

Honda telah mencipta aplikasi yang dipanggil ‘Honda Scenic Audio’ untuk membantu orang buta ‘melihat’ dengan menceritakan pemandangan perjalanan kereta menggunakan rangkaian teknologi AI.

Aplikasi ini dibangunkan dengan kerjasama Perkins School for the Blind dan Alabama Institute for the Deaf and Blind serta melibatkan sekumpulan orang cacat penglihatan bagi menguji aplikasi tersebut.

Laman TopGear diberitahu Honda bahawa ia menggunakan gabungan penglihatan komputer, AI generatif, pengimejan satelit dan pelbagai suapan lain – termasuk laporan cuaca dan penyasaran lokasi – untuk menerangkan dengan tepat perkara yang berlaku di luar tingkap kenderaan yang sedang dinaiki penumpang buta penglihatan.

Honda berkata ia bukan hanya mengenai pemandangan. Perbandingan ketinggian, rupa bumi dan suhu turut membantu bagi membina gambaran supaya penumpang di dalam kereta itu boleh menikmati lebih banyak keseronokan daripada perjalanan mereka.

“Dengan mencipta naratif terperinci tentang pemandangan tepi jalan semasa pengalaman pemanduan yang indah, aplikasi Honda Scenic Audio boleh membantu membuka imaginasi dan meningkatkan kegembiraan perjalanan kereta kepada penumpang yang cacat penglihatan dan cacat penglihatan.” Phil Hruska, pengurus kanan, Honda Marketing.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: TopGear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY