Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hollyland LARK M2S, Mikrofon Kecil Dengan Harga Bermula RM499

Hollyland LARK M2S, Mikrofon Kecil Dengan Harga Bermula RM499

Diterbitkan Januari 16, 2025 · Dikemas kini Januari 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Hollyland telah melancarkan generasi keenam mikrofon siri LARK, iaitu LARK M2S. Mikrofon ini direka untuk memberikan kualiti rakaman audio yang unggul dalam saiz kecil dan reka bentuk tanpa logo, menjadikannya sesuai untuk juruvideo, pencipta kandungan, pendidik dalam talian, penstrim langsung, serta pembuat filem.

Mikrofon ini berukuran 1.3cm x 0.63cm dan seberat 7g, lebih kecil daripada kuku jari. Ia menggunakan klip aloi titanium yang kukuh dan tahan karat, memastikan mikrofon kekal di tempat walaupun digunakan semasa pergerakan aktif seperti berlari atau melompat.

photo_2025-01-16 14.12.07

LARK M2S menawarkan kadar pensampelan sehingga 24 bit/48 kHz dan nisbah isyarat-ke-bunyi (SNR) 70dB, memastikan rakaman suara yang jelas dan semula jadi. Teknologi Environmental Noise Cancellation (ENC)meminimumkan bunyi latar dengan hanya satu tekan, menonjolkan suara utama walaupun dalam keadaan bising. Mikrofon ini juga menyokong jarak transmisi sehingga 300 meter, sesuai untuk penggambaran di lokasi luas.

Setiap pemancar mampu bertahan selama 9 jam dan boleh mencapai sehingga 30 jam apabila digunakan bersama kotak pengecas mudah alih. Versi Combo dilengkapi dengan reka bentuk dail baharu untuk memudahkan kawalan kuasa, pairing, mute, dan kelantangan.

photo_2025-01-16 14.12.06

Pilihan Versi dan Harga

Hollyland LARK M2S hadir dalam tiga versi:

  • Combo (Duo): RM659
  • Mini Combo (Duo): RM599
  • Type-C (Duo): RM499

Dengan aplikasi LarkSound, pengguna boleh memantau tetapan audio, tahap kelantangan, pengurangan bunyi, dan status bateri.

Dalam pada itu, Hollyland Malaysia turut melancarkan VenusLiv V2, sebuah kamera penstriman langsung yang direka untuk memberikan prestasi profesional dengan kemudahan penggunaan. Dengan ciri “Go Live with One Tap”, kamera ini sesuai untuk pelbagai keperluan seperti streamer, pempengaruh, jualan langsung MCN, Twitch, Just Chatting, saluran muzik, dan rakaman di belakang tabir.

VenusLiv V2 ditawarkan pada harga RM4859 dan boleh didapati melalui pengedar rasmi tempatan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi Hollyland.

Berkaitan

  • Comica VM40, Mikrofon Tanpa Wayar Untuk Kamera
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Teknologi Komunikasi Laser Satelit-ke-Darat Oleh China Capai Kelajuan 100 Gbps
  • LG Display Perkenal Panel OLED Generasi Keempat, Kecerahan Sehingga 4000 nits

Sumber: Siaran media Hollyland

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY