Hewlett Packard Enterprise Berkata Sebahagian Pemacu Storan SSD Akan Gagal Berfungsi Apabila Sudah Diguna Lebih Daripada 32 Ribu Jam

Secara tepatnya apabila kitaran penggunaan SSD itu mencapai 32,768 jam.


Hewlett Packard Enterprise (HPE) telah melepaskan kemas kini firmware bagi sebahagian siri model storan SSD miliknya bagi mengelakkan daripada ia gagal berfungsi apabila ia mencapai kitaran penggunaan selama 32,768 jam.

Perkakasan storan itu yang terjejas dengan isu ini kebanyakkannya digunakan sebagai pelayan oleh syarikat-syarikat seperti model siri HPE ProLiant, Synergy, Apollo, JBOD D3xxx, D6xxx, D8xxx, MSA, StoreVirtual 4335 dan StoreVirtual 3200.

"After the SSD failure occurs, neither the SSD nor the data can be recovered. In addition, SSDs which were put into service at the same time will likely fail nearly simultaneously." HPE

Kegagalan storan HP itu berfungsi selepas mencapai kitaran penggunaan selama 32,768 jam atau bersamaaan dengan 3 tahun, 270 hari dan 8 jam itu dipercayai berpunca daripada pepijat yang menyebabkan storan gagal berfungsi dan data yang terdapat di dalamnya tidak boleh diperolehi semula.

Hewlett Packard Enterprise (HPE) merupakan syarikat yang dipisahkan dari Hewlett-Packard (HP) pada 1 November 2015. HPE memfokuskan perniagaan dalam penyediaan produk rangkaian, pelayan, sokongan, perundingan dan storan.

Sumber: Bleeping Computer