Had Storan 15GB Bagi Google Photos Berkuat Kuasa Pada 1 Jun 2021

Google hari ini memaklumkan bahawa servis Google Photos mereka kini menyimpan lebih daripada 4 trilion foto dan video para pelanggannya di seluruh dunia.

Malah Google turut memberitahu, sebanyak 28 bilion foto dan video dimuat naik penggunanya setiap minggu ke dalam Google Photos.

Makluman itu dinyatakan dalam e-mel yang dihantar kepada para pengguna servis Google Photos sebagai peringatan berkaitan limitasi storan servis tersebut yang akan bermula pada 1 Jun 2021 nanti.

"Starting 1 June 2021, all new photos and videos backed up in high quality and express quality* will count towards the free 15 GB of storage that comes with your Google Account or any additional storage that you may have purchased, the same way that other Google services like Google Drive and Gmail already do." Google

Sebaliknya menetapkan kuota percuma hanya sebanyak 15GB sahaja untuk  perkhidmatan tersebut yang akan disimpan di dalam Google Drive. Jumlah kuota tersebut termasuk bagi menyimpan kandungan servis-servis Google yang lain seperti Google Docs, Sheets, dan Slides.

Jadi, sekiranya anda mahukan storan tambahan untuk menyimpan segala dokumen, foto, video dan lain-lain ke dalam servis storan Google, anda perlu membeli storan tambahan tersebut menerusi servis Google One yang berharga dari RM8.49/bulan.

Sumber: Google