Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Lama Lagi Anda Boleh Backup Keseluruhan Data Komputer Ke Dalam Google Drive

Cara Sekat Pengguna Lain Daripada Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive

Diterbitkan Ogos 18, 2021 oleh ariff bukhari

Sejak bulan lalu, Google telah perkenalkan ciri baru yang membolehkan pengguna servis storan Google Drive menyekat pemilik akaun Google lain daripada mengakses dan berkongsikan kandungan ke dalam Google Drive mereka.

Ciri baru itu diperkenalkan bagi menangani isu spam di dalam storan awan Google.

Berikut adalah cara menyekat pemilik akaun Google lain daripada mengakses dan berkongsikan kandungan ke dalam Google Drive anda:-

  1. Pergi ke laman drive.google.com
  2. Pilih fail yang ada dalam Google Drive anda dan klik butang kanan tetikus
  3. Pada tetingkap menu seperti rajah di bawah, klik pada Block yang memaparkan nama akaun Google yang menghantar fail kepada anda.

Screenshot 2021-08-18 at 22.14.22

4. Seterusnya klik pada butang Block untuk mengesahkan.

Screenshot 2021-08-18 at 22.18.14

Tetapi sekiranya anda ingin membatalkan sekatan ke atas akaun tersebut, berikut adalah langkah-langkahnya:-

  1. Klik pada gambar profail akaun Google anda.

Screenshot 2021-08-18 at 22.22.34

2. Klik pada Manage your Google Account.

Screenshot 2021-08-18 at 22.23.43

3. Kemudian klik pada People & sharing dan klik Blocked di bahagian Contacts.

Screenshot 2021-08-18 at 22.29.22

4. Di dalam Blocked akan dipaparkan nama pengguna yang telah anda sekat. Untuk membatalkan sekatan klik pada tanda pangkah.

Screenshot 2021-08-18 at 22.32.05

Ciri sekatan ini juga boleh dibuat terus dari aplikasi Drive di dalam peranti pintar Android dan iOS yang turut melalui proses sama seperti cara di atas.

Cuma apa yang perlu anda maklum adalah, apabila anda menyekat pengguna tersebut, anda juga tidak akan dapat berkongsikan fail dengan akaun yang telah disekat itu.

Kecuali jika anda membatalkan sekatan tersebut terlebih dahulu.

Untuk info lebih lanjut tentang ciri sekatan ini, layari laman sokongan Google Drive Help.

 

Baca juga: Google Kini Boleh Memadam Akaun Gmail, Photos Dan Google Drive Tanpa Kebenaran Anda

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Had Saiz Storan Google Bermula 1 Jun 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY