Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Optane DC PERSISTENT MEMORY

Intel Mengumumkan Storan Intel Optane DC Persistent Memory Generasi Kedua

Diterbitkan September 28, 2019 · Dikemas kini September 28, 2019 oleh ariff bukhari

Dijadualkan akan dipasarkan pada tahun hadapan.

Intel Corporation telah mengumumkan generasi kedua storan ultra pantas mereka, Intel Optane DC Persistent Memory yang menggunakan kod nama “Barlow Pass”. Intel menjadualkan, generasi terbaru storan ini akan dipasarkan pada tahun hadapan bersama dengan barisan cip pemprosesan Intel Xeon Scalable.

Intel Mengumumkan Storan Intel Optane DC Persistent Memory Generasi Kedua
Rob Crooke, Naib Presiden Intel dan Pengurus Kumpulan Non-Volatile Memory Solutions. Kredit: Intel Corporation

Ia dimaklumkan oleh Rob Crooke, Naib Presiden Intel dan Pengurus Kumpulan Non-Volatile Memory Solutions ketika membentangkan perancangan bagi barisan produk storan mereka pada masa hadapan di Korea Selatan baru-baru ini.

“The world is generating data at an accelerating rate, and businesses are increasingly becoming overwhelmed with how to efficiently process it. Harvesting value from all this data will be critical in separating the winners from losers. It will require cutting-edge innovation in the memory-and-storage hierarchy, which is what we are driving at Intel.” Rob Crooke.

Menurut beliau, storan ultra pantas Intel Optane DC memberikan penyelesaian terhadap keperluan industri dan pengguna dari segi saiz dan kepantasan storan.

Tambah beliau, teknologi storan konvensional (hard disk drives – HDD) yang tidak cukup pantas bagi pengurusan dan pemprosesan data komputer tidak mampu menampung kehendak pengguna. Jadi dengan kehadiran Intel Optane, ia merupakan penyelesaian terbaik dengan memberikan prestasi yang tidak mampu ditandingi oleh teknologi memori dan storan lain yang ada ketika ini.

Pembangunan teknologi storan Intel Optane ini dibangunkan di fasiliti Intel yang terletak di Rio Rancho, New Mexico.

Intel ssd
Kredit: Intel Corporation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY