Western Digital Hadir Dengan Storan HDD Pertama Menggunakan Teknologi EAMR

Pada awal bulan ini, firma pengeluar storan terkenal, Western Digital (WD) telah hadir dengan model storan HDD (Hard Disk Drive) terbaru iaitu WD Gold.

WD Gold merupakan storan yang dibangunkan khusus untuk syarikat-syarikat yang memerlukan storan berkapasiti besar bagi menyimpan data-data dengan selamat tetapi pada harga yang mampu milik.

Apa yang menarik dengan storan ini adalah ia merupakan storan HDD pertama dari WD yang mula menggunakan teknologi yang dikenali sebagai EAMR (Energy Assisted Magnetic Recording).

EAMR adalah teknologi yang dibangunkan oleh Western Digital. Ia menambah baik prosesan penyimpanan data pada storan HDD diruang yang lebih kecil.

Sekaligus meningkatkan keupayaan kapasiti storan HDD serta menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding storan jenis SSD (Solid State Drive).

Storan HDD WD Gold ditawarkan dari kapasiti 1TB hingga 18TB yang berharga dari USD77.99 hingga USD592.99.

Walaubagaimanapun, teknologi EAMR hanya ditawarkan pada storan WD Gold dari kapasiti 16TB dan 18TB sahaja.

Untuk info lanjut, layari laman muka Western Digital.Store.

Sumber: Extreme Tech

Berkaitan