Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
flexxon ssd

Syarikat Singapura Bangunkan Storan SSD Dengan Teknologi AI Pertama Di Dunia

Diterbitkan April 20, 2021 · Dikemas kini April 20, 2021 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat keselamatan siber dan pembangun teknologi storan komputer dari Singapura telah mengumumkan kejayaan membangunkan storan komputer solid-state drive (SSD) yang dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia bagi melindungi data dalam peranti.

Storan ssd yang dinamakan sebagai  X-PHY itu didakwa memiliki ciri yang mampu menyelamatkan data dari cubaan penggodaman.

Teknologi AI terbina dalam storan ini akan memaklumkan kepada penggunanya menerusi hantaran e-mel dan mengunci data di dalam storan jika berlaku sebarang pencerobohan dari jauh mahupun secara fizikal melalui sensor yang mengimbas.

Malah storan ini juga turut menawarkan ciri keselamatan yang boleh memadam segala kandungan dengan sendiri bagi organisasi atau pengguna berprofail tinggi sekiranya peranti mereka jatuh ke tangan pihak lain.

Buat masa ini, storan ssd  X-PHY itu masih lagi dalam peringkat ujian yang digunakan oleh agensi-agensi kerajaan Singapura, perubatan dan beberapa pelanggan industri di negara tersebut.

Flexxon berkata mereka berharap akan dapat memasarkan kepada syarikat-syarikat perniagaan seawal bulan September tahun ini.

Manakala untuk pengguna umum pula, mereka mensasarkan untuk memasarkan storan ssd  X-PHY ini seawal tahun 2022 nanti.

Sumber: Flexxon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY