Kajian itu telah dimulakan sejak 21 November 2019 lalu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa laporan komprehensif hasil daripada kajian bagi memperkenalkan Identiti (ID) Digital Nasional dijangka akan siap pada 30 Jun 2020 nanti.
Kajian itu yang telah dimulakan sejak 21 November 2019 lalu oleh Pasukan Petugas Kajian ID Digital Nasional akan memakan masa selama 30 minggu bagi melakukan kaji selidik untuk mengesyorkan model pelaksanaan ID Digital di Malaysia.
Hasil kajian itu nanti diserahkan kepada jemaah menteri bagi tindakan seterusnya.
Identiti Digital (ID Digital) adalah perwakilan unik identiti seseorang yang digunakan untuk membolehkan individu mengakses perkhidmatan digital dalam talian.
ID Digital pula tidak akan menggantikan fungsi-fungsi yang sedia ada pada MyKad dan MyKid. Ini kerana penggunaan ID Digital adalah secara sukarela, bukan sesuatu yang wajib dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Walaubagaimanapun, penggunaan ID Digital dijangka akan memberikan manfaat kepada penggunanya apabila mereka melakukan aktiviti-aktiviti di atas talian khususnya bagi meningkatkan privasi, menangani isu penipuan dan kecurian identiti, melakukan urusan transaksi kewangan dengan lebih selamat dan dilindungi serta banyak lagi manfaat lain.
https://www.youtube.com/watch?v=YgSVVQ7QeIw
Berkaitan
- Filem Spiderman: Far From Home Pelengkap Maksud Disebalik Ucapan "I Love You 3000"
- Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 Yang Ditetapkan Oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
- Masih Mencari Pasangan Ideal? 'Facebook Dating' Boleh Membantu Anda
- TNB Sasar 4 Negeri Ini Untuk Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Pada Tahun Hadapan
- Anker Lancar Pengecas Pantas Hibrid Terbaru Dengan Anker Prime Series
- Ini Adalah Senarai 16 Aplikasi Dan Permainan Terbaik Android Bagi Tahun 2022
- 8 Perkara Yang Diketahui Setakat Ini Tentang Variasi Baharu Virus COVID-19
- Perisian Hasad Android Terbaru Kononnya Bertindak Sebagai Penghalang Iklan, Walhal...
- Penggunaan 'Spray Gun' Didakwa Berisiko, Kaedah Biasa Lebih Baik
- Pikom Sangat Kecewa Kerana Kerajaan Tidak Membenarkan Firma Servis Dan Sokongan IT Beroperasi Ketika PKP