Manfaat daripada Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa negeri Melaka, Pulau Pinang, Kedah dan Johor bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menjelang suku pertama tahun depan daripada pembekal perkhidmatan internet.
Perkara ini dimaklumkan TNB menerusi laman rasmi Facebook mereka. Ia adalah hasil daripada pelaksanaan perluasan projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) ke seluruh negara.
https://www.facebook.com/TNBCareline/photos/a.395189897161342/3795160520497579/?type=3&theater
Seperti semua sedia maklum, pelan NFCP yang diusahakan Kerajaan adalah untuk menambah baik kesalinghubungan digital negara, terutamanya di kawasan luar bandar.
Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap dan mudah alih, selain menyediakan asas bagi rangkaian baharu untuk teknologi 5G.
Menerusi pelaksanaan projek ini, dijangkakan capaian liputan jalur lebar akan dapat dicapai sehingga 98% di kawasan pedalaman dengan kelajuan minimum sekurang-kurangnya 30 Mbps.
Berkaitan
- Diskaun Bil Elektrik TNB Melalui Pakej PEMULIH Bermula Dari 1 Julai 2021 Sehingga 30 September 2021.
- 9 Tips Dari TNB Untuk Menjimatkan Penggunaan Tenaga Elektrik Ketika "Lockdown"
- Jom Sertai kempen #ilovemyTNB Dan Berpeluang Memenangi Baucar Shopee Bernilai RM50,000
- Stesen Pengecas EV TNB Electron Baharu Akan Dibangunkan Di 6 Lokasi Ini
- TNB Dan SESB Tidak Akan Melaksanakan Pemotongan Bekalan Elektrik Terhadap Pelanggannya Ketika Ini
- Syarikat Milik TNB Raih Anugerah Syarikat Telekomunikasi Jalur Lebar Terbaik Malaysia 2022
- Stesen Pengecas EV TNB Electron Tidak Lagi Percuma, Kini Dari RM2.05/minit
- TNB Dan MARii Bersama Mewujudkan Garis Panduan Pengembangan Penggunaan EV Di Malaysia
- TNB Beri Diskaun Kepada Pelanggan Komersial Menerangi Bangunan Bagi Memeriahkan Hari Kebangsaan
- Kerajaan Berjanji Mempertingkatkan Kualiti Jaringan Digital Di Seluruh Negara Menerusi Pelan NFCP