Filem Spiderman: Far From Home Pelengkap Maksud Disebalik Ucapan "I Love You 3000"

Inilah Maksud "I Love You 3000".


Filem Spiderman: Far From Home yang akan ditayangkan pada 4 Julai ini bakal menjadi pelengkap bagi 3  fasa pertama MCU  (Marvel Cinematic Universe) yang dmulakan oleh filem Iron Man pada tahun 2008 dahulu.

Kini selepas lebih 10 tahun, filem terbaru Spiderman ini juga merupakan penutup bagi 3 fasa MCU tersebut.

Dalam tempoh itu, sebanyak 23 buah filem telah diterbitkan oleh Marvel termasuklah filem Spiderman: Far From Home yang akan ditayangkan ini.

Malah tidak setakat itu, filem terbaru Spiderman ini turut menjadi pelengkap kepada dialog "I love You 3000" yang diucapkan oleh Morgan Stark kepada bapanya Tony Stark aka Iron Man di dalam salah satu adegan filem Avengers: Endgame baru-baru ini.

Dialog itu juga kemudian diucapkan semula oleh Tony Stark pada babak akhir filem tersebut.

Ucapan tersebut pada awalnya mungkin dilihat sebagai sekadar dialog biasa sahaja. Tetapi apabila filem Spiderman: Far From Home akan ditayangkan, ia sebenarnya menjadi pelengkap kepada ucapan tersebut.

Ini kerana ucapan itu sebenarnya merujuk kepada jumlah durasi tayangan keseluruhan 23 filem dari MCU tersebut yang bersamaan dengan 3000 minit. Data tersebut telah dikongsikan oleh salah seorang peminat di laman Twitter beliau sebelum ini.

https://twitter.com/AshBoio/status/1123870955028320257

Filem Avengers: Endgame telah disahkan akan ditayangkan sekali lagi bermula 29 jun ini dipagawam-pawagam terpilih. Filem tersebut bakal dimuatkan futej tambahan yang tidak ada dalam filem itu sebelum ini.

Jadi bagi para peminat yang belum puas menyaksikannya, bolehlah ke pawagam sekali lagi bagi menonton filem ini.

Malah mungkin juga secara tidak langsung anda akan turut sama membantu menjadikan filem tersebut muncul sebagai filem dengan kutipan tertinggi di dunia sekaligus mengatasi rekod filem Avatar yang masih dipegang hingga ke hari ini.

Sumber: Express

Berkaitan