Pikom Sangat Kecewa Kerana Kerajaan Tidak Membenarkan Firma Servis Dan Sokongan IT Beroperasi Ketika PKP

Servis dan perkhidmatan IT bukan sebahagian daripada sektor yang dibenarkan beroperasi oleh kerajaan ketika ini.


Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) meluahkan rasa amat kecewa mereka terhadap kerajaan kerana tidak membenarkan perkhidmatan IT sebagai sebahagian daripada sektor yang dibenarkan beroperasi ketika 'Perintah Kawalan Pergerakan'.

Pada 10 April lalu kerajaan telah membenarkan sebilangan sektor untuk beroperasi dalam tempoh PKP. Tetapi malangnya sektor servis dan perkhidmatan IT tidak termasuk dalam sektor yang dibenarkan beroperasi.

Kekecewaan itu diluahkan sendiri oleh Pengerusi Pikom, Danny Lee.




We are extremely disappointed that IT support and services is being left out from the list of industries allowed to operate during this third phase of MCO. In fact, for the past two weeks, we have submitted our request and appeal to the Government, the Prime Minister, Ministry of International Trade and Industry and to the National Security Council on this matter. We explained and reiterated that IT support and services is essential to keep businesses running during the period of lockdown. This should not just be for essential services but also the millions who are working from home”.

Beliau menyatakan bahawa, Malaysia sepatutnya boleh mencontohi negara jiran Singapura yang membenarkan sektor IT beroperasi semasa perintah berkurung dilaksanakan di dalam negara tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa adalah penting membenarkan sektor IT beroperasi supaya perkhidmatan penting lain mendapatkan sokongan daripada kakitangan IT di lokasi serta tidak terputus bekalan perkakasan komputer.

Tambah beliau lagi, akibat tanpa sokongan dan perkhidmatan IT, lebih satu juta syarikat-syarikat di Malaysia akan terjejas sistem mereka.




“Technology plays a critical enabling role for both essential and non-essential services. This is even more acute during the enforcement of MCO. Technology is an integral component of our economy, contributing 18.5% to the GDP with employment over a million Malaysians. I don’t have to stress further that technology has been an essential enabler to almost all sectors across all industries, from manufacturing to mining, services to construction. Big and small companies rely on stable IT infrastructure and application to operate.” Danny Lee, Pengerusi Pikom.






Berkaitan