Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Masih Mencari Pasangan Ideal? ‘Facebook Dating’ Boleh Membantu Anda

Masih Mencari Pasangan Ideal? ‘Facebook Dating’ Boleh Membantu Anda

Diterbitkan September 24, 2019 ยท Dikemas kini September 24, 2019 oleh ariff bukhari

Cipta profail dan mulakan pencarian pasangan ideal anda di Facebook Dating.

Jika anda masih buntu tercari-cari pasangan hidup ataupun ingin menmabahkan lagi rakan kenalan anda, Facebook ada menyediakan platfom yang memudahkan anda.

Pada awal September lalu, Facebook telah pun melancarkan ciri baru di dalam aplikasi Facebook dengan memuatkan ciri yang dikenali sebagai Facebook Dating.

Facebook Dating bertujuan memudahkan pengguna Facebook mencari pasangan ideal mereka menerusi profail yang dicipta.

Daripada profail itu, Facebook Dating akan memadankannya bersama profail pengguna lain berdasarkan minat, acara dan grup yang ditetapkan di dalam profail mereka, hanya jika anda berumur dari 18 tahun dan ke atas sahaja.

Masih Mencari Pasangan Ideal? ‘Facebook Dating’ Boleh Membantu Anda
Secret Crush adalah salah satu ciri menarik yang ada di Facebook Dating.

Aktiviti di Facebook Dating adalah platfom yang berasingan dari laman sosial Facebook yang digunakan. Bermakna, segala aktiviti di Facebook Dating tidak akan dikongsikan di laman Facebook anda.

Facebook Dating sudah pun boleh digunakan menerusi versi aplikasi Facebook terkini di peranti pintar anda di beberapa buah negara termasuklah Argentina, Bolivia, Brazil, Kanada, Chile, Colombia, Ecuador, Guyana, Laos, Malaysia, Mexico, Paraguay, Peru, Filipina, Singapura, Suriname, Thailand, Uruguay, Vietnam dan Amerika Syarikat.

Manakala di Eropah pula, Facebook Dating hanya akan hadir pada awal tahun hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY