Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
skmm covid-19

8 Perkara Yang Diketahui Setakat Ini Tentang Variasi Baharu Virus COVID-19

Diterbitkan Disember 30, 2020 oleh ariff bukhari

Belum habis perang terhadap virus COVID-19 yang mula dikesan pada lewat tahun lalu, kini dilaporkan muncul pula variasi baharu virus tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, variasi baharu virus COVID-19 itu dikenali sebagai B.1.1.7.

Ia pertama kali dikesan pada 20 September 2020 lalu di bandar Kent dan London, United Kingdom. Tetapi kini turut dilaporkan telah dikesan di beberapa negara lain termasuklah negara jiran kita Singapura.

Pada varian virus baru ini didapati terdapat mutasi pada protein yang terlibat dalam pelekatan virus pada sel.

Menurut KKM, virus COVID-19 B.1.1.7 didapati lebih mudah merebak sehingga 70% berbanding varian lain virus tersebut yang pernah dikesan sebelum ini.

Malah varian B.1.1.7 didapati lebih mudah menjangkiti kanak-kanak dan mempunyai beban virus yang lebih tinggi.

Lebih membimbangkan adalah varian virus ini lebih sukar dikesan dalam ujian PCR bagi mengesan pesakit yang dijangkiti.

Walaubagaimanapun berita baiknya adalah vaksin COVID-19 sedia ada tidak terjejas dengan varian virus baru ini.

Varian virus COVID-19 B.1.1.7 juga masih belum dikesan di Malaysia.

Sungguhpun begitu, KKM memaklumkan ujian IMR akan terus dilakukan dari masa ke semasa bagi mengesan kehadirannya.

Setakat berita terbaru yang dilaporkan, Amerika Syarikat juga sudah melaporkan kes pertama COVID-19 dengan varian yang sama dari U.K.

Sumber: Guardian, CDC, KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY