Ikuti kami di media sosial

Berita

Huawei Secara Rasmi Umum Sistem Operasi Harmony OS

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Setelah sekian lama menjadi topik perbualan dalam dunia teknologi, sistem operasi yang dibangunkan Huawei rasmi diumumkan.

Pada acara persidangan tahunan Huawei yang berlangsung di China, Harmony OS telah diperkenalkan dan menurut CEO syarikat, ia merupakan sistem operasi pertama berasaskan mikro-kernel dan tersedia untuk digunakan pada pelbagai peranti.

Membawakan nama Harmony OS untuk pasaran luar, ia lebih dahulu dikenali ramai sebagai Hong Meng OS. Pada masa depan, sistem operasi ini akan digunakan lebih meluas pada pelbagai jenis peranti seperti pembesar suara pintar, komputer, jam tangan pintar, fon telinga tanpa wayar, telefon pintar juga tablet.

Versi 1.0 telah mula dibangunkan sejak 2 tahun lalu dan pada tahun ini, Huawei mempercepatkan pembangunannya supaya boleh berfungsi pada lebih banyak peranti. Syarikat menyatakan versi 2.0 akan diperkenalkan tahun hadapandan versi 3.0 pada tahun yang berikutnya.

Peranti pertama yang bakal dioperasikan dengan Harmony OS adalah televisyen pintar dari HONOR dengan pelancarannya akan dibuat tidak lama lagi. Kehadiran Harmony OS juga adalah persediaan Huawei bilamana syarikat itu sekiranya tidak boleh mengakses ekosistem Android, sistem operasi mereka boleh mengambil alih pada bila-bila masa yang diperlukan.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular