Harga Sama Galaxy A73, Pra-Tempah iPhone SE Gen-3 Di Malaysia Kini Dibuka

Awal Mac ini, kita disajikan dengan acara pertama Apple untuk tahun ini dengan melancarkan sejumlah produk terbaharu seperti iPad Air M1, Mac Studio, iPhone SE Gen-3 dan lain-lain.

Kini, bagi anda yang berminat, pra-tempah buat iPhone SE generasi ketiga itu sudah pun boleh dilakukan. Sementara, peranti iPhone 5G paling mampu milik ini bakal tersedia bermula 25 Mac depan.



Terdapat tiga pilihan warna, iaitu Midnight, Starlight dan (Product) RED. Rupa bentuk masih kekal sama cumanya di dalam terbina cip A15 Bionic yang mana cip itu sama dengan barisan iPhone 13.

Harga jualannya bermula RM2099 untuk kapasiti storan 64GB. Mirip harga yang ditawarkan Samsung Galaxy A73 yang baru dilancarkan malam tadi.

Pada masa yang sama, iPhone 13 Pro dengan warna baharu Alpine Green turut boleh di pra-tempah dan akan tersedia dijual mulai 25 Mac. Sementara monitor Studio Display pun sudah boleh dibeli secara rasmi.

Bagaimanapun, untuk peranti lain seperti iPad Air M1 dan Mac Studio masih belum tersedia lagi buat peminat.

Pra-tempah boleh dilakukan menerusi laman rasmi Apple Malaysia serta beberapa pengedar yang sah lain di seluruh negara.

Baca juga: