Seperti biasa, setelah melancarkan siri andalan Galaxy S22, Samsung melancarkan pula barisan telefon berkelas pertengahan mereka menerusi siri Galaxy A – A73, A53 dan A33.
Galaxy A73
Bermula dengan abang besar dalam keluarga ini, Samsung Galaxy A73 dan dua peranti lain tampil dengan rekaan hampir sama seperti terdahulu. Namun, semestinya spesifikasi yang ditawarkan lebih baik berbanding pendahulunya.
Peranti yang paling premium dan berkuasa dalam keluarganya ini dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 778G yang dipadankan memori 8GB RAM dengan storan 256GB bersama slot tambahan kad mikroSD sehingga 1TB.
Bateri pula berkapasiti 5000mAh yang menyokong kelajuan mengecas 25W. Manakala skrin seluas 6.7 inci FHD+ SAMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan HDR10+.
Seperti A72 dahulu, kuad-kamera masih terdapat pada bahagian belakang. Biarpun kamera utama telah dinaik taraf tetapi satu lensa telah dibuang. Mengapa? Hanya Samsung sahaja mengetahuinya.
A73 ini dilengkapi 108MP (OIS) lensa utama, 12MP ultra lebar, 5MP makro dan 5MP bokeh. Sementara 32MP lensa swafoto yang terletak pada bahagian berlubang di paparannya.
Galaxy A53 dan Galaxy A33
Tidak banyak perubahan ketara dalam A53 ini mahupun A33. Galaxy A53 menampilkan skrin 6.5 inci SAMOLED FHD+, HDR10+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.
Cip pemprosesannya pula adalah yang terbaru, iaitu Exynos 1280 (5nm) yang mana dikatakan jauh lebih pantas berbanding Snapdragon 720G. Konfigurasi pun hampir sama, 8GB RAM, storan 256GB dengan slot kad mikroSD 1TBm bateri 5000mAh dan kelajuan mengecas 25W.
Tetapan kamera masih sama macam A52, terdiri daripada 64MP (OIS) utama+12MP ultra lebar+5MP makro+5MP bokeh. Swafoto, masih sama, iaitu 32MP.
Bagi adik bongsu Galaxy A33, spesifikasinya kurang sedikit berbanding A53. Didatangkan dengan skrin 6.4 inci FHD+ SAMOLED bersama kadar segar semula 90Hz, cip Exynos 1280 dengan padanan 8GB RAM serta storan 128GB tapi ada slot kad mikro SD hingga 1TB, bateri 5000mAh dan pengecasan 25W.
4 lensa dibelakang merangkumi 48MP (OIS) utama, 8MP ultra lebar, 5MP bokeh dan 2MP bokeh. Manakala 13MP ditugaskan untuk lensa swafoto.
Persamaan bagi ketiga-tiga peranti ini adalah menjalankan One UI 4.1 berasaskan Android 12, menyokong RAM Plus atau RAM maya sehingga 6GB, penarafan kalis air IP67, tiada bicu audio 3.5mm, tiada pengecas diberikan di dalam kotak dan sokongan kemas kini Android hingga 4 tahun dan 5 tahun bagi keselamatan.
Harga Jualan
Terdapat 5 pilihan warna yang boleh dipilih – White, Black, Peach, Blue dan Mint. Sementara harga jualan rasmi di Malaysia adalah seperti berikut:
- Samsung Galaxy A73 – RM2099
- Samsung Galaxy A53 – RM1849
- Samsung Galaxy A33 – RM1499
Baca juga: