Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Dilapor Untung Besar Sejak Kotak iPhone Makin Nipis

Posted on Mac 14, 2022Mac 24, 2022

Apple mula membuang palam pengecas dan EarPods dari kotak sejak pengeluaran siri iPhone 12 mereka. Keputusan tersebut adalah keputusan yang kontroversi untuk sebahagian besar pengguna Apple.

Apple mengambil langkah tersebut dengan alasan untuk mengurangkan beban terhadap alam sekitar. Ini kerana, dengan kotak pembungkusan yang lebih kecil, setiap penghantaran boleh memuatkan lebih banyak telefon iaitu sebanyak 70%.

Dalam masa yang sama, ia dapat mengurangkan pembakaran karbon sebanyak 2 juta tan. Bilangan ini bersamaan dengan mengalih keluar 500,000 kereta dari jalan raya.

Walau bagaimanapun, tidak semua percaya bahawa itu adalah tujuan sebenar Apple. Ini kerana, tindakan Apple membuang palam pengecas dan EarPods dilihat sebagai satu tindakan mahu mengaut lebih keuntungan.

Menurut Daily Mails, dengan membuang palam pengecas dan EarPods, Apple telah mencatatkan keuntungan sehingga $6.5 bilion (RM27.34 bilion) selepas menjual sebanyak 190 juta unit iPhone.

Walaupun Apple telah jimat dengan nilai sebanyak itu, namun harga produk mereka masih lagi tidak berkurang. Malah pengguna perlu membayar lebih untuk membeli aksesori tambahan.

Pengguna yang membeli aksesori pula, mereka perlu menambah sebanyak RM99 untuk palam pengecas dan RM99 lagi bagi EarPods dengan kabel lightning. Keseluruhan nilai ini adalah $293.4 juta (RM1.23 bilion)  dan ia tidak termasuk dalam nilai $6.5 bilion tadi.

Nilai ini langsung dicatat sebagai keuntungan Apple dan akan menjadikan harga saham Apple meningkat. Begitulah cara Apple mendapat keuntungan melalui cara terbaru dan dilihat pesaingnya seperti Samsung turut melakukan pendekatan yang sama.

Sumber: PhoneArena

Baca juga:

  • Kini Kalis Air, Samsung Bakal Melancarkan Siri Galaxy A Baharu Khamis Ini
  • HUAWEI Tawar Kelebihan Buat Pengguna nova 9 SE Di Malaysia
  • Lebih Mudah Buat ‘Live’, Instagram Kini Tambah Fungsi Moderator

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress