Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga Oppo Find X Melangkaui Jangkaan Kami

Harga Oppo Find X Melangkaui Jangkaan Kami

Diterbitkan Jun 20, 2018 oleh Wiser MY

Dengan pengenalan Find X, perdebatan mengenai perlunya rekaan takuk pada skrin paparan menjadi hangat kembali. Ini kerana bukan hanya Vivo sahaja yang mampu menghasilkan peranti dengan nisbah skrin ke badan yang tinggi.

Kesemuanya dibantu dengan meletakkan kesemua sensor luaran seperti kamera, pengesan cahaya dan juga fon telinga di ‘dalam’ peranti. Vivo Nex melakukannya dengan meletakkan hanya kamera hadapan sebagai ‘pop-up’ di bahagian atas peranti.

Harga Oppo Find X Melangkaui Jangkaan Kami

Berbeza sedikit dengan Find X dari Oppo kerana sistem kamera utama dan kedua diletakkan di bahagian mekanikal yang boleh digerakkan secara aktif.

Harga Oppo Find X Melangkaui Jangkaan Kami
Gambar dari The Verge

Namun dengan kemajuan teknologi yang lebih canggih, datang pula cabaran biasa iaitu kos. Untuk peranti Oppo Find X, ianya akan dijual di pasaran Eropah dengan harga pengenalan €999 (RM 4,634). Dengan harga tersebut, peranti Find X boleh diletakkan sebagai premium kerana berada dalam lingkungan harga peranti Galaxy S9+ dan juga iPhone X.

Mungkin sudah tiba masanya Oppo juga mahu mencuba nasib di dalam pasaran peranti premium sesuai dengan spesifikasi dan teknologi yang ditawarkan melalui Find X.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY