Namun berbeza dengan iPhone 12 tahun ini, walaupun kesemua model menyokong 5G dan paparan OLED, harga yang dijual adalah sangat menarik kerana ia adalah jauh lebih rendah.
Untuk siri iPhone 12, terdapat 4 model yang akan dihasilkan iaitu iPhone 12 (5.4"), iPhone 12 Max (6.1"), iPhone 12 Pro (6.1"), dan iPhone 12 Pro Max (6.7"). Harga jualan yang dilaporkan pula adalah bermula $649. Sebagai perbandingan harga permulaan siri iPhone 12 ini adalah lebih rendah berbanding iPhone 11 sebelum ini.
- iPhone 12 - $649
- iPhone 12 Max - $749
- iPhone 12 Pro - $999
- iPhone 12 Pro Max - $1,099
iPhone 11 sebelum ini:
- iPhone 11 - $699
- iPhone 11 Pro - $999
- iPhone 11 Pro Max - $1,099

Antara perbezaan utama model iPhone 12 dan iPhone 12 Pro adalah dari segi bilangan kamera. Pada model Pro, terdapat 4 lensa kamera belakang termasuk sensor LiDAR manakala untuk iPhone 12 hanya terdapat 2 kamera belakang sahaja.
Selain itu, bahan binaan juga turut berbeza di mana model Pro akan menggunakan kerangka keluli tahan karat sedangkan aluminium digunakan pada model 12 yang biasa.
https://twitter.com/jon_prosser/status/1255835846558855169
Apa yang menarik lagi adalah kesemua peranti dalam siri iPhone 12 ini bakal dimuatkan dengan paparan jenis OLED. Secara tidak langsung ini bermakna Apple sudah sedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada paparan LCD yang terdapat pada model iPhone 11 sebelum ini.
Spesifikasi peranti lain termasuklah cip A14 yang lebih pantas dan juga tiada lagi rekaan keseluruhan melengkung seperti iPhone sebelum-sebelum ini. Ini adalah kerana tahun ini, Apple akan mengguna pakai semula rekaan iPhone 4, 5, atau 5S yang mempunyai rekaan kotak.
Jika benar Apple menjual harga permulaan iPhone yang lebih rendah berbanding kebanyakan model mercu Android, sudah tentu ia memberikan saingan hebat kerana pengguna sudah boleh membeli iPhone dengan harga yang jauh lebih rendah.
Namun, harga ini tidak mencerminkan harga jualannya di pasaran Malaysia. Sebelum ini, iPhone 11 dipasarkan bermula RM 3,399 dan jika benar harga jangkaan iPhone 12 ini, harga pasarannya di Malaysia mungkin sekitar RM 3,000 sahaja.
Siri iPhone 12 ini akan dilancarkan sekitar bulan September atau Oktober ini. Namun ia mungkin bakal berubah disebabkan wabak Covid-19 yang masih belum reda terutamanya di Amerika Syarikat.
Sumber: Jon Prosser
Berkaitan
- Ini Adalah Rupa Rekaan Sony Xperia Compact 2021 - Saiz Seakan iPhone SE (2020)
- Xiaomi Akan Perkenalkan Produk Ekosistem Baharu Pada 15 Julai - Antaranya Mi Band 5 Dan Skuter Elektrik
- Setahun Selepas Pengenalan, Akhirnya Black Shark 4 Pro Masuk Malaysia 17 Januari
- Redmi Note 9 Pro 5G Bakal Dijana Cip Snapdragon 750G, LCD 120Hz, Dan Kamera 108MP
- Huawei P30 Dan P30 Pro Diturunkan Harga - Bermula Pada RM1,999
- Huawei Matebook X Pro Diumumkan Dengan Cip Intel Gen-10 Terkini
- iPhone Masa Hadapan Akan Gunakan Modem Selular Sendiri, Tidak Lagi Bergantung Dengan Qualcomm
- #KitaBantuKita - Program Jimat Belanja Kerjasama Lazada Dan TNG Digital Untuk Pemulihan Covid-19
- iPhone 12 Pro Dan Pro Max Rasmi Dilancarkan - Rekaan Serba Baharu, Harga Bermula RM4,899
- Apple Dijangka Lancarkan Model iPad Mampu Milik Menggunakan Cip A12 Tahun Ini