Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Pengagihan PerantiSiswa Akan Digerakkan Seluruh Negara Pada Tarikh Ini

Pusat Pengagihan PerantiSiswa Akan Digerakkan Seluruh Negara Pada Tarikh Ini

Diterbitkan Februari 13, 2023 · Dikemas kini Februari 13, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) memaklumkan hanya 14% sahaja lagi penerima PerantiSiswa yang masih belum menerima peranti tersebut iaitu bersamaan dengan 51,083 penerima.

KKD menyatakan setakat 9 Februari 2023, daripada 366,843 pemohonan yang telah diluluskan, sebanyak 315,760 (86%) peranti telah pun diagihkan kepada penerima PerantiSiswa.

Jadi sebagai usaha bagi mempercepatkan pengagihan baki 14% penerima peranti itu, KKD akan melaksanakan 2 bentuk sesi pengagihan iaitu:

  1. penjadualan pengagihan ke institusi-institusi penerima disegerakan; dan
  2. Pusat Pengagihan PerantiSiswa (PPPs) akan digerakkan serentak di seluruh negara yang akan berlangsung pada 17-19 Februari 2023 (Sesi Pertama), 24- 26 Februari 2023 (Sesi Kedua) dan dari 3-5 Mac 2023 (Sesi Ketiga) di pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi yang ditentukan di setiap negeri.

Pelaksanaan ini sekaligus memudahkan penerima memilih pusat agihan dan sesi yang bersesuaian tanpa mengira lokaliti insitusi penerima asal.

Bermakna pelajar yang sedang bercuti, sedang menjalani latihan industri atau apa-apa sebab yang berkaitan dapat mengambil peranti di PPPs yang terdekat pilihan masing-masing.

KKD juga memaklumkan, pemohon yang telah lulus tetapi belum diagihkan peranti akan menerima notifikasi dan boleh memilih pusat agihan serta sesi yang bersesuaian dengan mengakses akaun platform yang sama semasa permohonan tempoh hari di pautan https://perantisiswa.kkd.gov.my bermula 9 Februari 2023.

Berkaitan

  • Kerajaan Sedang Bangunkan Aplikasi Menu Rahmah
  • Yes Turut Naikkan Kuota 'Hotspot' Pelan Pascabayar Infinite
  • Penduduk Malaysia Kini Cecah Bilangan Melebihi 33 Juta

Sumber: KKD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY