Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teo Nie Ching

Perluasan Liputan 5G Akan Membolehkan Harga Internet Diturunkan – Menteri

Diterbitkan Mac 14, 2023 · Dikemas kini Mac 14, 2023 oleh ariff bukhari

Pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyatyang berlangsung semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching berkata, dengan meluaskan liputan rangkaian 5G, harga Internet dipercayai akan boleh diturunkan lagi.

Beliau dilaporkan berkata, ini kerana Digital Nasional Berhad (DNB) selaku badan yang bertanggungjawab untuk pembangunan rangkaian itu telah menawarkan perkhidmatan 5G untuk RM0.13 sen per gigabit, melalui tawaran akses rujukan.

Malah beliau menyatakan harga yang ditawarkan itu lebih rendah berbanding kos untuk perkhidmatan 5G ketika ini iaitu pada RM1.68 sen per gigabait.

Selain itu beliau juga memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa tahap pelaksanaan perkhidmatan 5G buat masa ini  adalah 54.7 peratus.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa sasaran bagi mencapai 80 peratus liputan untuk kawasan berpendudukan seperti Cameron Highlands (Pahang) dan Sibu (Sarawak) pada akhir tahun ini akan dapat dicapai.

Berkaitan

  • Cepat Sambar 'Game' Dengan 'Rating' 4.3 Bintang Berharga RM34 Ini Secara Percuma
  • 11 Fungsi Utama Dan 5 Tugas Tambahan MCMC Yang Patut Anda Tahu
  • TM Dan ZTE Bekerjasama Untuk Rangkaian 5G Awan

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY