Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Aktifkan Akses 5G Secara Percuma Untuk Pelanggan Digi

Cara Aktifkan Akses 5G Secara Percuma Untuk Pelanggan Digi

Diterbitkan November 8, 2022 · Dikemas kini November 8, 2022 oleh Amalina Athman

Digi telah mengumumkan akses 5G untuk pelanggan Digi Postpaid yang terpilih akan tersedia mulai 10 November 2022. Dinyatakan juga, naik taraf bagi akses 5G ini tersedia secara percuma.

Bagaimanapun, pelanggan yang layak perlu menggunakan peranti dengan sokongan 5G serta berada dalam kawasan liputan 5G.

Berkaitan

  • Ini 12 Telefon Pintar Android Mampu Milik Yang Sokong 5G Malaysia Setakat November 2022
  • Digi Umum Akses 5G Bermula 10 November, Ini Senarai Pelan Yang Menyokongnya

Pelanggan Digi Postpaid terpilih yang berminat untuk mendapatkan akses 5G boleh mengikuti langkah di bawah untuk mengaktifkan 5G, yang tersedia bermula 10 November:

Langkah 1: Muat turun dan buka aplikasi MyDigi.

Langkah 2: Pergi ke “Buy Add-Ons.”

Langkah 3: Pilih “5G Speed Booster” dan sahkan pengaktifan secara percuma.

Langkah 4: Terima SMS yang 5G telah berjaya diaktifkan pada talian anda.

digi step

Untuk nyahaktif Digi 5G, ianya boleh dilakukan dengan langkah yang sama seperti di atas, dan seterusnya toggle OFF di bahagian “Free 5G Speed Booster”.

Perlu juga diketahui, buat masa ini akses 5G hanya tersedia untuk model Android terpilih. Sementara bagi model Apple yang menyokong 5G belum lagi ditawarkan dan dijangka hadir pada masa akan datang.

Untuk menyemak liputan 5G dan lebih banyak maklumat mengenainya, layari https://digi.my/5G.

Sumber: Digi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY