Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Halliday Perkenal Kaca Mata Pintar Dengan Skrin Kecil Tersembunyi

Halliday Perkenal Kaca Mata Pintar Dengan Skrin Kecil Tersembunyi

Diterbitkan Januari 6, 2025 oleh Amsyar Latif

Halliday tampil di CES 2025 dengan kaca mata pintar inovatif yang menawarkan reka bentuk lebih ringkas dan sukar dikesan berbanding model lain di pasaran. Ia hadir dengan paparan kecil yang tersembunyi dalam bingkai yang dikenali ‘DigiWindow’.

Paparan ini muncul sebagai skrin 3.5 inci di sudut kanan atas dalam medan penglihatan pengguna, tanpa menghalang pandangan utama dan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari.

Halliday Perkenal Kaca Mata Pintar Dengan Skrin Kecil Tersembunyi

Halliday juga menggunakan kawalan pintar seperti cincin dengan pad jejak, arahan suara, dan interaksi melalui bingkai kaca mata, menjadikannya lebih mesra pengguna.

Halliday Perkenal Kaca Mata Pintar Dengan Skrin Kecil Tersembunyi
cincin dengan pad jejak

Kaca mata pintar ini hanya seberat 35 gram tetapi mampu beroperasi sehingga 8 jam tanpa henti. Ia turut dilengkapi AI proaktif yang boleh menguruskan maklumat secara automatik berdasarkan konteks perbualan.

Halliday Perkenal Kaca Mata Pintar Dengan Skrin Kecil Tersembunyi

Fungsi ini termasuk memberi cadangan, meringkaskan memo audio, menyemak mesej dan notifikasi, terjemahan masa nyata, dan navigasi. Untuk mesyuarat, terdapat ciri teleprompter dan nota ringkas.

Halliday boleh dihubungkan dengan telefon pintar melalui Bluetooth, memberikan pengalaman yang lancar dan serba boleh. Produk ini dijangka mula dipasarkan menjelang akhir suku pertama 2025, dengan harga bermula dari $399 (~RM1,800) hingga $499 (~RM2,253).

Berkaitan

  • Samsung Perkenal Monitor Odyssey 3D, Boleh Lihat Visual 3D Tanpa Kaca Mata
  • Ini Baru 'Real Steel', "Nadia" Mampu Bertinju Dengan Kawalan VR
  • Samsung Mungkin Perlihat Kaca Mata XR Pada Acara Galaxy Unpacked Januari 2025

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY