Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia ride

Mahu Jadi Pemandu Sepenuh Masa? airasia ride Kata “Mari”

Diterbitkan September 14, 2022 · Dikemas kini September 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Salah satu penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan iaitu airasia ride akan menawarkan program pekerjaan sepenuh masa kepada pemandu-pemandu mereka bulan depan.

Mereka kini menjadi yang pertama dalam rantau yang menawarkannya.

Bermula 1 Oktober 2022, pemandu yang layak dan baharu boleh menyertai program Full-time Drivers yang akan menjadikan pekerjaan pemandu airasia ride sebagai pekerjaan sepenuh masa mereka.

Mahu Jadi Pemandu Sepenuh Masa? airasia ride Kata “Mari”

Melaluinya, mereka boleh menjana pendapatan asas sehingga RM3,500 sebulan dan berpeluang mendapatkan pendapatan penuh sehingga RM8,000 dengan caruman KWSP, skim insentif pemandu, kelebihan staf Allstar, SOCSO, perlindungan kesihatan, cuti tahunan dan diskaun penerbangan AirAsia.

Mahu Jadi Pemandu Sepenuh Masa? airasia ride Kata “Mari”

Bukan itu saja, pemandu sepenuh masa juga akan diberi keutamaan untuk mengambil pelanggan daripada lapangan terbang.

Berkaitan

  • 'Teksi Udara' Ke KLIA, AirAsia Menjadi Yang Pertama Di Asia Tenggara
  • Kementerian Pengangkutan Temui Punca Tambang E-Hailing Meningkat
  • airasia xpress Lebarkan Khidmat Hantar Bungkusan Ke Seluruh Malaysia Pada Harga Lebih Berpatutan
  • AirAsia Bekerjasama Dengan Syarikat UK Untuk Teksi Udara Di Malaysia
  • airasia Tawar Kerja Tetap Kepada Penghantar Gig, Tambahan Pendapatan Terjamin Sehingga RM3,000 Sebulan

Menurut airasia, mereka yang dinaik taraf ke pemandu sepenuh masa juga boleh mengembangkan kerjaya dengan masuk ke dalam alam korporat melalui jawatan seperti Pengurus Armada, Jurulatih Pemandu, Pegawai Operasi dan lain-lain.

banner 4

“Daripada pemandu e-haling, mereka boleh jadi kru kabin, juruterbang, penganalisis data, pemasar digital, sebahagian daripada pejabat korporat – langit saja batasannya,” kata CEO Capital A Tony Fernandes.

Anda yang berminat boleh mengisi borangnya di SINI.

Sumber: airasia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY