Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia ride tony fernandes

“Pesaing Kami Hukum Pemandu, Tapi Kami Beri Ganjaran Jika Mereka Berprestasi Baik” – Tony Fernandes

Diterbitkan September 14, 2022 · Dikemas kini September 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

airasia ride mengumumkan program pemandu sepenuh masa yang mana akan mula ditawarkan Oktober depan. Klik SINI untuk baca berita penuh.

Setakat setahun platform e-hailing ini diperkenal, mereka kini beroperasi di 11 lokasi seluruh negara dan mempunyai 53,000 pemandu serta mencapai 2 juta perjalanan.

“Pesaing Kami Hukum Pemandu, Tapi Kami Beri Ganjaran Jika Mereka Berprestasi Baik” – Tony Fernandes

Kata Tony Fernandes selaku CEO Capital A, mereka ialah yang pertama menawarkan pekerjaan sepenuh masa kepada rider. Kini, ia diperluas untuk pemandu e-hailing airasia ride pula.

Kata beliau, “Pesaing kami menghukum pemandu kerana tidak mengambil kerja yang mereka tidak mahu, kami melihat daripada sudut pandang lain serta memberi ganjaran kepada pemandu yang mempunyai prestasi baik dan mempunyai tekad yang kuat dengan menawarkan mereka laluan kerjaya yang kukuh bersama airasia ride.”

May be an image of 1 person, standing and text that says 'bod ride'

Menurut airasia, mereka yang dinaik taraf ke pemandu sepenuh masa juga boleh mengembangkan kerjaya dengan masuk ke dalam alam korporat melalui jawatan seperti Pengurus Armada, Jurulatih Pemandu, Pegawai Operasi dan lain-lain.

Berkaitan

  • AirAsia Group Tukar Nama Ke Capital A, Kini Bukan Sekadar Terbang
  • Hanya Untuk Wanita, airasia Ride Perkenal Ciri 'LadiesONLY'
  • Kementerian Pengangkutan Temui Punca Tambang E-Hailing Meningkat
  • AirAsia Bekerjasama Dengan Syarikat UK Untuk Teksi Udara Di Malaysia
  • airasia Tawar Kerja Tetap Kepada Penghantar Gig, Tambahan Pendapatan Terjamin Sehingga RM3,000 Sebulan
  • Mahu Jadi Pemandu Sepenuh Masa? airasia ride Kata "Mari"

Ini merupakan salah satu strategi mereka untuk menambah bilangan pemandu dan pada masa sama memenuhi permintaan e-hailing sekarang.

Sumber: airasia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY