Daipada perkongsian pengguna di serata media sosial, hampir kesemuanya bersetuju bahawa tambang Grab kini meningkat berganda-ganda. Bahkan, ramai yang sudah kembali menggunakan perkhidmatan teksi bermeter.
Namun, tidak adil untuk menghukum satu pihak tanpa mendapat penjelasan daripada semua pihak terbabit.
Daripada ruangan komen media sosial juga, mereka yang menjalankan perkhidmatan Grab Car pula berkata tambang yang dikenakan Grab tidak mahal seperti didakwa pengguna kerana kos ditanggung pemandu tidak dipertimbangkan mereka.

Kata pemandu-pemandu, kos mengambil pelanggan seperti jarak dengan petrol yang diambil juga harus difikirkan pengguna kerana tidak seperti teksi, pemandu Grab perlu ke lokasi pelanggan.
Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-Hailing Malaysia juga mengatakan peningkatan kadar tambang perkhidmatan e-hailing ketika ini dilihat berpatutan dan adil kepada semua pihak, lapor Utusan.
“Memang ada rungutan agak mahal, tetapi kena juga fikirkan bahawa pemandu juga perlu mengambil masa 40 minit sehingga 45 minit untuk sampai ke destinasi terutamanya pada waktu puncak. "
Pengerusinya, Jose Rizal juga berkata peningkatan kadar tambang itu perlu dilihat secara menyeluruh dari semua aspek terutamanya waktu puncak.
https://twitter.com/datukhensem/status/1527876998923661312?s=20&t=8x3M1fFxX8zn_AK1WPqeTw
Kadar tambang perkhidmatan e-hailing adalah dinamik berikutan kadarnya yang tidak menentu terutamanya apabila kekurangan pemandu melebihi permintaan pengguna, jelas Jose lagi.
https://twitter.com/datukhensem/status/1527877963605110784?s=20&t=8x3M1fFxX8zn_AK1WPqeTw
Katanya lagi, kebanyakan syarikat operator aplikasi masih mematuhi dasar dan peraturan yang ditetapkan iaitu tidak boleh menaikkan kadar dua kali ganda dari harga yang diluluskan semasa memohon Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP).
https://twitter.com/fidelisaac/status/1524413609823981568?s=20&t=8x3M1fFxX8zn_AK1WPqeTw
“Semasa pandemik, banyak pemandu mengeluh akibat harga yang ditawarkan murah, tetapi apabila baru satu dua minggu (kadar naik), pengguna terus mengeluh.
“Sebahagian pengguna kena lebih bijak dan terbuka supaya jangan bergantung kepada satu-satu perkara pada masa yang tertentu,” tambah Jose.
Hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata kementeriannya akan memanggil pengendali e-hailing untuk menjawab aduan pengguna.
"Syarikat e-hailing itu kena jawab dan bagi justifikasi kenapa berlaku kenaikan harga, kita (Kementerian Pengangkutan) akan teliti sama ada jawapan mereka masuk akal atau tidak.
Baca juga:
- Pengguna Teksi Naik 40% Sebab Grab Semakin Mahal, Ini Aplikasi Alternatif
- Pengguna Dua iPhone Ini Tak Boleh Lagi Guna WhatsApp Mulai Oktober
- Kemas Kini Terbaru WhatsApp Di iOS Selesaikan Isu Besar Ini
Berkaitan
- Rasmi, Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Langsung Di Malaysia
- HUAWEI MateBook 14s, nova 9 Dan Watch GT 3 Masuk Malaysia
- Siap Sedia Untuk Banjir, Twitter Kerjasama Dengan NADMA Dan MERCY Malaysia
- Kamera 'Comel' Dari DJI Masuk Malaysia
- Bank-Bank Di Malaysia Diminta Beralih Daripada Penghantaran OTP Melalui SMS
- HONOR 50 Dilancarkan Di Malaysia Malam Ini
- vivo V25 5G Dan V25e Rasmi Di Malaysia Bermula RM1,399
- Opensignal: Selepas Ada 5G, ’Ranking’ Kelajuan Internet Malaysia Dan Singapura Sama-Sama Jatuh
- RedmiBook 15 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Promosi RM1,899
- Acer Lancarkan Predator Helios 300 Dan Acer Nitro 5 Di Malaysia