Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Guna “DNS Jumper” Untuk Laman Yang Disekat

Guna “DNS Jumper” Untuk Laman Yang Disekat

Diterbitkan April 6, 2019 oleh Tips Gajet

Penggunaan DNS customs 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai tetapan mudah bagi mengakses ke laman sesawang yang disekat.

Namun bagi pengguna Windows 8 dan 10 anda akan mengalami sedkit kerumitan untuk membuat tetapan tersebut berbanding Windows 7. Ini kerana antara muka bagi tetapan tersebut memerlukan banyak maklumat yang perlu dimasukkan bagi membolehkan Customs DNS tersebut boleh diguna pakai

Guna “DNS Jumper” Untuk Laman Yang Disekat

Kepada anda yang inginkan jalan pintas untuk membuat tetapan tersebut, berikut kami kongsikan kaedah DNS Jumper yang boleh anda cuba.

Pertama sekali muat turun aplikasi tambahan DNS Jumper daripada pautan berikut.

DNS JUMPER Download

Aplikasi ini adalah percuma dan ianya tidak memerlukan sebarang pemasangan pada PC anda. Setelah siap di muat turun, Extract terlebih dahulu fail tersebut daripada Zip.

Kemudian buka aplikasi tersebut daripada Folder yang telah anda Extract sebentar tadi.

Guna “DNS Jumper” Untuk Laman Yang Disekat

Maka akan muncul paparan seperti berikut

Guna “DNS Jumper” Untuk Laman Yang Disekat

Apa yang perlu anda lakukan ialah ubah tetapan seperti dalam petak merah berikut dan klik pada tombol Apply DNS.

Guna “DNS Jumper” Untuk Laman Yang Disekat

 

Selesai, sekarang tetapan DNS anda sudah siap, semua laman sesawang yang disekat sebelum ini, akan dapat diakses. Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY