Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grab Super App- Himpunkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi Utama

Grab Super App- Himpunkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi Utama

Diterbitkan Julai 10, 2018 ยท Dikemas kini Julai 10, 2018 oleh Helmi Samsuri

Bukan sekadar aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan, Grab mahukan fungsi yang lebih banyak lagi untuk aplikasi utama mereka.

Itulah misi baru yang bakal dilaksanakan oleh Grab dalam memenuhi keperluan serta kehendak jutaan pengguna.

Bagi merealisasikan perancangan tersebut, syarikat yang kini menjangkau usia 6 tahun itu membuka peluang kepada pembangun luar untuk mengintegrasikan sistem mereka pada aplikasi sedia ada.

Bakal dikenali sebagai Grab Super App, ia adalah medium bagi pengguna mendapatkan akses kepada aplikasi-aplikasi Grab yang lain seperti GrabPay, GrabProfiles. dan lain-lain.

Terbaru yang diumumkan adalah GrabFresh dimana Grab bekerjasama dengan Happy Fresh dalam membekalkan barangan runcit kepada pengguna.

Dengan pembangunan aplikasi berkenaan, ia seolah-olah mengikut jejak langkah WeChat yang bukan sahaja menawarkan fungsi mesej malah boleh membuat pesanan makanan, membuat bayaran serta memanggil teksi.

Hal ini juga dilihat umpama mahu memberikan saingan kepada satu lagi aplikasi e-hailing negara jiran Go-Jek.

Grab Super App ini akan ditawarkan di Singapura serta Indonesia bermula hari ini untuk platform iOS sementara untuk Android pula ia akan tiba pada 18 Julai nanti.

Bagi negara-negara lain pula, kemaskini akan muncul pada suku ketiga 2018.

Sumber: The Star Online

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY