Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPU Dari Samsung, Sejauh Manakah GPU Ini Akan ‘Bermain’?

GPU Dari Samsung, Sejauh Manakah GPU Ini Akan ‘Bermain’?

Diterbitkan Julai 25, 2018 oleh Wiser MY

Samsung dikatakan sedang menyiapkan pembangunan untuk menghasilkan GPU (kad grafik) mereka yang tersendiri yang dipanggil SGPU. Namun setakat ini tidak dipastikan pasaran GPU mana yang akan diceburi oleh Samsung memandangkan terdapat beberapa gergasi pasaran yang perlu dihadapi mereka.

Khabar angin mula bertiup apabila Samsung telah membawa masuk Dr. Chien-Ping Lu yang dikenali sebagai CP untuk membantu mereka membangunkan produk Samsung. CP dikenali di dalam industri sebagai seorang yang berpengalaman membangunkan produk seperti IGP (Integrated Graphic Processor) nForce dari NVIDIA dan juga MediaTek.

GPU Dari Samsung, Sejauh Manakah GPU Ini Akan ‘Bermain’?

Mengikut Graphic Speak, CP sedang mengetuai pasukan kejuruteraan Samsung yang berpusat di Austin dan San Jose. Mereka dikatakan akan menggunakan teknik SIMD (Single Instruction, multiple data) yang boleh mengurangkan bebanan bagi menghasilkan prestasi yang lebih pantas dan baik.

GPU Dari Samsung, Sejauh Manakah GPU Ini Akan ‘Bermain’?

Yang menarik persoalannya di sini adalah di mana SGPU ini akan berada kerana setiap pasaran peranti mempunyai pesaing yang tersendiri. Di dunia telefon pintar, Qualcomm melalui Adreno telah menjadi penanda aras kepada solusi grafik untuk telefon pintar, diikuti oleh Mali dan juga Apple. Intel dan AMD dengan solusi grafik berintegrasi untuk platform PC dan NVIDIA dengan kad grafik diskret.

Samsung melalui cip Exynos mereka berkemungkinan besar terlebih dahulu menggunakan SGPU ini dan samada mereka akan mengembangkannya ke platfom lain masih menjadi persoalan.

Sumber: Hot hardware, Graphic Speak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY