Khabar angin mula bertiup apabila Samsung telah membawa masuk Dr. Chien-Ping Lu yang dikenali sebagai CP untuk membantu mereka membangunkan produk Samsung. CP dikenali di dalam industri sebagai seorang yang berpengalaman membangunkan produk seperti IGP (Integrated Graphic Processor) nForce dari NVIDIA dan juga MediaTek.
Mengikut Graphic Speak, CP sedang mengetuai pasukan kejuruteraan Samsung yang berpusat di Austin dan San Jose. Mereka dikatakan akan menggunakan teknik SIMD (Single Instruction, multiple data) yang boleh mengurangkan bebanan bagi menghasilkan prestasi yang lebih pantas dan baik.
Yang menarik persoalannya di sini adalah di mana SGPU ini akan berada kerana setiap pasaran peranti mempunyai pesaing yang tersendiri. Di dunia telefon pintar, Qualcomm melalui Adreno telah menjadi penanda aras kepada solusi grafik untuk telefon pintar, diikuti oleh Mali dan juga Apple. Intel dan AMD dengan solusi grafik berintegrasi untuk platform PC dan NVIDIA dengan kad grafik diskret.
Samsung melalui cip Exynos mereka berkemungkinan besar terlebih dahulu menggunakan SGPU ini dan samada mereka akan mengembangkannya ke platfom lain masih menjadi persoalan.
Sumber: Hot hardware, Graphic Speak
Berkaitan
- Samsung Mula Menjual Produk Audio Harman Di Korea Selatan
- iPhone 13 Pro Dan Pro Max Akan Menggunakan Skrin 120Hz Buatan Samsung
- Rekaan OnePlus 5 Akan Lebih Memukau Dari Samsung Galaxy S8, Ceo OnePlus
- Samsung Sedang Hasilkan Telefon Pintar Dengan Cip Grafik Tersendiri?
- eUFS Samsung Memberi Ruang Simpanan Telefon Pintar Anda Sehingga 512GB
- Cara Samsung Menguji Bateri Mereka Agar Lebih Selamat
- Apple Inc. Dapatkan Pembekal Kedua Skrin Paparan LED Selain Samsung
- Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Keluar Lebih Awal Dari Biasa
- Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018
- Samsung Mengeluarkan Video Berkenaan Acara Mereka Pada 23 Ogos