Gorilla Glass Victus Mampu Bertahan Jatuhan 2 Meter

Corning Gorilla Glass merupakan pilihan popular untuk melindungi binaan peranti pada telefon pintar dalam kalangan pengeluar. Dari satu generasi ke generasi yang baru, ia tampil diperkenalkan ciri lebih tahan lasak.

Kini, syarikat tersebut tampil memperkenalkan Gorilla Glass Victus yang mana ia mempunyai daya ketahanan untuk jatuhan 2 meter. Jika dibandingkan dengan versi sedia ada iaitu Gorilla Glass 6, keluaran tersebut mampu bertahan beberapa kali untuk jatuhan 1.6m.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=19&v=kV7iaqNN08o&feature=emb_title

Tahap ketahanan calar ini dilihat tidak banyak berubah sejak Gorilla Glass 3, dimana generasi-generasi selepas itu lebih tertumpu kepada mengurangkan ketebalan tetapi mampu memberikan daya tahan yang sama.

Selain bertahan untuk jatuhan setinggi 2m, Victus turut mempunyai keupayaan 2 kali tahan calar berbanding Gorilla Glass 6. Daya ketahanan ini juga diperoleh tanpa menambah ketebalan kaca tersebut.

Menerusi ujian calar yang dilakukan, Victus bertahan pada tahan 7-10 Newton dengan keluaran terdahulu hanya bertahan pada tahap 2-4 Newton. Difahamkan lagi, Samsung akan menjadi pengeluar pertama yang menggunakan Victus dan diramal akan dilengkapkan pada lebih banyak lagi jenama untuk separuh kedua tahun ini.

Calon yang paling hampir dan mula disebut-sebut adalah Galaxy Note 20 Ultra. Namun ia sedikit berbeza dengan laporan sebelum ini yang memperlihatkan peranti flagship Samsung itu dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 7.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=glI_sTyQnP0&feature=emb_title

Victus diumumkan sebagai pengganti kepada Corning Gorilla Glass 6 dan ini berkemungkinan Corning mahu memberikan penamaan baru untuk produk mereka.

Sumber: Corning via Android Authority