Google mengemas kini Google Vids dengan model penjanaan video AI terbaharunya, Gemini Omni 1.2 Flash, yang membolehkan pengguna menghasilkan klip sehingga 15 saat dengan kualiti dan konsistensi watak yang lebih baik.
Melalui kemas kini ini, pengguna yang mempunyai akaun Google atau langganan Google Workspace boleh menjana sehingga tiga video berdurasi 15 saat setiap bulan secara percuma. Setiap video boleh ditetapkan antara 3 hingga 15 saat, berbanding had maksimum 10 saat pada Omni 1.1 sebelum ini.
Meet Gemini Omni 1.2 Flash, our updated video generation model from @GoogleDeepMind 🎬
Get stronger consistency, more creative control, and faster, more cost-effective video creation at scale:
⚡ Fast & 30% lower cost: Draft at 360p or 720p ($0.07/s) and upscale to 1080p or 4K… pic.twitter.com/vBoyjdKHlg
— Google (@Google) November 5, 2026
Selain menjana video daripada arahan teks, pengguna juga boleh memuat naik imej rujukan untuk ditukarkan kepada video. Model ini turut menawarkan keupayaan mengekalkan penampilan watak dan suasana dengan lebih konsisten dari bingkai pertama hingga terakhir.
Google juga menambah baik keupayaan penjanaan suara latar bagi menjadikannya kedengaran lebih semula jadi. Ciri ini boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan kandungan media sosial, video penerangan dan video teaser tanpa perlu merakam suara sendiri.
Untuk mencubanya, pengguna boleh melayari laman vids.new menggunakan akaun Google masing-masing.
