Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Chrome Segera, Anda Mungkin Terdedah Kelemahan Keselamatan ‘Kritikal’

Google Umum Versi Pelayar Chrome Terakhir Yang Akan Menyokong macOS X

Diterbitkan Ogos 13, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin sudah tiba masanya untuk pengguna komputer Apple Macintosh yang masih menjalankan sistem operasi terdahulu macOS X untuk menaik taraf kepada sistem yang lebih baharu.

Ini kerana, Google telah mengumumkan bahawa Chrome 128 ialah versi terakhir pelayar Chrome yang akan menyokong macOS 10.15.

Apple Melepaskan Versi Terbaru macOS Catalina Kepada Semua Pengguna Mac Hari Ini
macOS Catalina (macOS 10.15) adalah versi terakhir dalam macOS X yang telah dilancarkan pada Oktober 2019 dahulu. Versi terakhir macOS Catalina adalah 10.15.7 yang dilepaskan pada September 2020. Selepas itu,Apple menggantikannya dengan macOS 11 (Big Sur) pada November 2020.

Chrome 129 (dijadualkan untuk keluaran pada 17 September 2024) ialah versi pertama Chrome yang memerlukan macOS 11 atau lebih baru.

Jadi, anda perlu memastikan komputer Macintosh anda menjalankan macOS 11 atau lebih baharu untuk terus menerima versi Chrome terkini pada masa hadapan.

macOS Big Sur Akan Tersedia Bermula 13 November Ini
macOS 11 Big Sur.

Walaubagaimanapun Google memaklumkan, versi Chrome terdahulu masih akan terus berfungsi, tetapi ia tidak menerima sebarang kemas kini lanjut yang dikeluarkan

Maka, jika anda menggunakan macOS 10.15 pada masa ini, Google menggalakkan anda supaya beralih ke versi macOS 11 atau lebih baharu yang disokong untuk memastikan anda terus menerima kemas kini keselamatan dan ciri Chrome yang terkini.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • macOS Sonoma Tersedia Pada 27 September 2023
  • Cara Aktifkan Ciri 'Split View' Pada macOS Ventura Dan Terbaru
  • Parallels Desktop 19 Kini Dioptimum Untuk macOS Sonoma
  • Apple umum macOS 15 Sequoia, Boleh Buka Aplikasi iPhone Dari Mac
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY