Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pepijat Baru Ditemui Pada Chrome Yang Membekukan Operasi Pelayar Itu

Google Tamatkan Ganjaran Temui Pepijat Dalam Aplikasi Android

Diterbitkan Ogos 19, 2024 · Dikemas kini Ogos 19, 2024 oleh ariff bukhari

Google akhirnya menamatkan program  ganjaran pepijat mereka yang dikenali sebagai Google Play Security Reward Program (GPSRP).

Program itu telah dilancarkan Google pada Oktober 2017 dahulu sebagai cara untuk memberi insentif kepada pakar keselematan untuk mencari dan mendedahkan kelemahan secara bertanggungjawab dalam aplikasi Android popular yang ditawar melalui Google Play Store.

Tujuan program ganjaran oleh Google Play adalah mudah iaitu Google mahu menjadikan stor mereka  lebih selamat untuk aplikasi Android.

Ketika ia mula-mula dilancarkan dahulu, ia terhad kepada sebilangan pembangun terpilih yang hanya dibenarkan menyerahkan kelemahan yang layak menjejaskan aplikasi daripada sebilangan kecil pembangun yang mengambil bahagian.

Kelemahan itu termasuklah  yang membawa kepada pelaksanaan kod jauh atau kecurian data peribadi yang tidak selamat, dengan pembayaran pada mulanya mencecah maksimum USD5,000 untuk kelemahan jenis pertama dan USD1,000 untuk jenis kedua.

Pada Julai 2019, ganjaran itu telah dinaikkan kepada maksimum USD20,000 untuk pepijat pelaksanaan kod jauh dan USD3,000 untuk pepijat yang membawa kepada kecurian data peribadi atau akses kepada komponen aplikasi yang dilindungi.

Walau bagaimanapun, Google kini telah memutuskan untuk menamatkan GPSRP. Dalam e-mel kepada pemaju yang mengambil bahagian, seperti Sean Pesce, syarikat itu mengumumkan bahawa GPSRP akan berakhir pada 31 Ogos.

Alasan penamatan program itu pula adalah Google menyaksikan penurunan dalam bilangan kelemahan yang boleh diambil tindakan dengan menyifatkan “peningkatan keseluruhan dalam postur keselamatan OS Android dan usaha pengukuhan ciri.”

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 3 Ciri Google Photos AI Baharu Kini Tersedia Untuk Android Dan iPhone, Ini Cara Gunanya
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Kecacatan Keselamatan Tersembunyi Pada Telefon Android Bolehkan Data Pengguna Diakses Dari Jauh
  • Restoran Nasi Kandar Popular Setuju Bayar Lebih RM221 Ribu, Siar Siaran Astro Di Lokasi Tidak Dibenarkan

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY