Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android_Bleeping Computers

Kecacatan Keselamatan Tersembunyi Pada Telefon Android Bolehkan Data Pengguna Diakses Dari Jauh

Diterbitkan Ogos 19, 2024 · Dikemas kini Ogos 19, 2024 oleh ariff bukhari

Sesetengah telefon pintar Android  didapati mengandungi kelemahan keselamatan tersembunyi yang boleh membenarkan akses jauh kepada data pengguna.

Isu keselamatan ini sekali gus membimbangkan pakar keselamatan siber dan membawa kepada penghentian penggunaan peranti ini oleh kontraktor perisikan utama, menurut laporan The Washington Post.

Kerentanan yang dikenal pasti oleh firma keselamatan iVerify, melibatkan aplikasi prapasang yang dikenali sebagai Showcase.apk di mana walaupun tidak aktif secara lalai, ia boleh diaktifkan yang berpotensi membenarkan akses jauh yang tidak dibenarkan kepada peranti.

Aplikasi Showcase.apk ditemui dalam model telefon Android tertentu, termasuk peranti Google Pixel.

Penyelidik iVerify mendapati bahawa apabila diaktifkan, aplikasi itu boleh menyambung ke pelayan melalui sambungan “http” yang tidak selamat, menjadikannya terdedah kepada pemintasan oleh penjenayah siber.

Kecacatan ini membolehkan penyerang melaksanakan kod dari jauh, berpotensi menyuntik kod berniat jahat atau perisian pengintip dan mendapat akses kepada data sensitif yang disimpan pada peranti.

Palantir Technologies, vendor platform analisis data yang sering bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pelanggan keselamatan lain, menyatakan kebimbangan yang serius tentang implikasi kelemahan ini.

Akibatnya, syarikat itu telah menghentikan penggunaan telefon Android untuk pekerja mereka.

Kehadiran kelemahan ini pada peranti Pixel pastinya mengecewakan kerana ia menerima kemas kini keselamatan tepat pada masanya terus daripada Google.

Ekoran pendedahan ini, Google telah mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan kemas kini untuk mengalih keluar aplikasi Showcase.apk daripada semua peranti Pixel yang disokong.

Pengedar telefon Android lain juga akan dimaklumkan secara rasmi mengenai isu tersebut.

Sumber: iVerify

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ini 10 Telefon Android Paling Berprestasi Setakat Julai 2024 Menurut AnTuTu
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • iPhone Akan Gantikan Sistem VAR Di Liga Perdana Inggeris
  • Rasmi, Epic Games Kini Ditawar Di Peranti Android, Ini Cara Dapatkannya
  • Ini Senarai Telefon POCO Ada Diskaun Sempena 'POCO Carnival'

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY