Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Stadia Akan Ditawarkan Bermula 19 November 2019

Google Stadia Akan Ditawarkan Bermula 19 November 2019

Diterbitkan Oktober 17, 2019 · Dikemas kini Oktober 17, 2019 oleh ariff bukhari

Tapi…

Selain memperkenalkan model terbaru telefon pintar Pixel 4, Google turut mengumumkna secara rasminya servis platfom permainan mereka, Stadia akan dilancarkan pada 19 November 2019.

Bagi mereka yang sudah membuat tempahan awal pakej Stadia Founder’s Edition, mereka lebih dulu akan dapat membeli dan memainkan permainan kegemaran mereka seperti Red Dead Redemption 2, Mortal Kombat 11, Kine dan banyak lagi di TV, komputer dan tablet serta telefon pintar terpilih pada 19 November nanti.

Google Stadia Akan Ditawarkan Bermula 19 November 2019
Stadia Founder’s Edition didatangkan bersama peranti kawalan permainan dan Google Chromecast Ultra.

Pengguna yang menempah pakej Stadia Founder Editions ataupun Premiere Edition, mereka secara automatik akan dapat mengakses versi Stadia Pro.

Stadia Founder Editions berharga USD129 dan bagi mengakses ke platfom perstriman permainan video ini pengguna  memerlukan kelajuan internet sekurang-kurangnya 10Mbps bagi memainkan permainan pada kualiti visual 720p atau selaju 20Mbps untuk kualiti 1080p. Sementara kualiti paparan 4K pula memerlukan kelajuan internet selaju 35Mbps.

Walaubagaimanapun, buat masa ini belum ada sebarang makluman dari pihak Google  bilakah Stadia akan ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=Pwb6d2wK3Qw

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PROTON Perkasakan Kualiti Dan Produktiviti Di Kilang EV Tanjung Malim
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
©2026 WISER.MY